ASIA
2 min membaca
Malaysia henti subsidi petrol untuk bukan warganegara
Bukan warganegara dan syarikat besar perlu membayar harga tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter.
Malaysia henti subsidi petrol untuk bukan warganegara
Di bawah skim BUDI95, setiap warganegara layak menerima siling subsidi bulanan sebanyak 300 liter, kata Anwar Ibrahim. / Foto: Pejabat Perdana Menteri / Other

Malaysia akan menghapuskan subsidi petrol RON95 untuk bukan warganegara bermula 30 September ini, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai sebahagian daripada pelaksanaan semula subsidi bersasar.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu sah akan menikmati harga RON95 pada kadar RM1.99 seliter di bawah skim baharu BUDI95, manakala bukan warganegara dan syarikat besar perlu membayar harga tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter.

Beliau berkata di bawah skim BUDI95, setiap warganegara layak menerima siling subsidi bulanan sebanyak 300 liter.

“Bagaimanapun pemandu e-hailing dikecualikan daripada had ini dan boleh memohon kuota tambahan,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri pada Isnin.

Jelasnya lagi semua rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu aktif secara automatik layak untuk subsidi berkenaan tanpa mengira tahap pendapatan.

Beliau berkata tiada proses pendaftaran diperlukan kerana pengesahan akan dibuat melalui MyKad dan lesen memandu sah dimana terminal pembaca MyKad akan dipasang di stesen minyak serta kedai serbaneka untuk melancarkan pelaksanaan.

Beliau berkata langkah penyelarasan subsidi ini bertujuan memastikan keadilan, mengurangkan perbelanjaan kerajaan terhadap subsidi menyeluruh serta membolehkan penjimatan disalurkan kepada pembangunan infrastruktur dan sokongan kepada golongan berpendapatan rendah.

Pelaksanaan akan dilakukan secara berperingkat, bermula 27 September untuk 300,000 anggota tentera dan polis, 28 September untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada golongan B40, sebelum diperluaskan kepada 16 juta rakyat.

Sebelum ini, RON95 dijual pada harga subsidi RM2.05 seliter namun skim lama itu dikritik kerana turut memberi manfaat kepada kumpulan bukan sasaran.

SUMBER:TRT Global
Cari Berita Lain
Malaysia-Jepun meterai empat Memorandum Kerjasama
Malaysia sasar peranan utama hab MRO Asia Pasifik susulan pelaburan RM267 juta Collins Aerospace
Malaysia kekalkan kuota minyak 2026 susulan keputusan OPEC+, fokus agenda RMK13
Pembangunan AI perlu ihsan, tidak gugat nilai kemanusiaan – PM Anwar
Kerajaan perkukuh operasi bersepadu, banteras warga asing salah guna pas lawatan
Gempa bumi Filipina: Sekurang-kurangnya 32 dikhuatiri maut, mangsa imbau detik cemas
PM Anwar dijangka saksi pemeteraian empat MoU strategik di Tokyo
Anwar lawat Jepun tiga hari, sasar perkasa kerjasama strategik komprehensif
Gempa 7.8 magnitud gegar selatan Filipina, tiga maut, amaran tsunami dikeluarkan
PM Anwar jamin sokongan berterusan bagi pelaburan berkualiti tinggi di Malaysia
Siasatan AS mungkin babit produk import negara ketiga, bukan kapasiti melampau Malaysia
Rundingan sempadan Malaysia-Indonesia kini di peringkat akhir, bakal muktamad Ogos ini
ASEAN perlu mempercepatkan grid serantau, hasilkan tenaga mampu milik
Pelaksanaan biodiesel B15 perkukuh keterjaminan tenaga negara
Tenaga nuklear dilihat sebagai solusi praktikal sokong RE, lonjakan permintaan pusat data
Krisis rantaian bekalan global: Malaysia, Indonesia perhalusi langkah strategik
Kabinet Thai lulus projek bersama Malaysia kurangkan risiko banjir di Lembangan Golok
Tiga sindiket penipuan antarabangsa ditumpaskan di Malaysia
PM Thai Anutin arah rundingan segera dengan Malaysia susulan sekatan import udang
Sindiket penipuan antarabangsa alih operasi ke Malaysia