ASIA
1 min membaca
Tiada kematian dalam kemalangan 12 rakyat Malaysia di Kodaikanal – Wisma Putra
Kemalangan berlaku apabila sebuah van pelancong yang membawa 12 rakyat Malaysia terbabas akibat keadaan jalan berbukit.
Tiada kematian dalam kemalangan 12 rakyat Malaysia di Kodaikanal – Wisma Putra
Kejadian melibatkan 12 rakyat Malaysia di Kodaikanal, Tamil Nadu, India pada Ahad. / Foto: DTNext / Other

Wisma Putra mengesahkan tiada kematian dilaporkan susulan kemalangan jalan raya yang melibatkan 12 rakyat Malaysia di Kodaikanal, Tamil Nadu, India pada Ahad.

Menurut kenyataan Kementerian Luar itu pada Selasa, beberapa individu hanya mengalami kecederaan ringan manakala empat yang lain cedera parah namun tidak mengancam nyawa.

“Kesemua mereka kini sedang dirawat di hospital tempatan,” kata Wisma Putra.

Kementerian memaklumkan Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai telah bertindak segera dengan menghubungi pihak berkuasa tempatan, wakil hospital serta mangsa yang terlibat bagi memastikan bantuan konsular dapat disalurkan.

Konsulat Jeneral turut membantu menghubungkan mangsa dengan ahli keluarga mereka di Malaysia.

Kemalangan berlaku apabila sebuah van pelancong yang membawa 12 rakyat Malaysia terbabas akibat keadaan jalan berbukit.

“Semua penumpang berjaya diselamatkan dan menerima rawatan segera,” jelas kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, Wisma Putra menasihati rakyat Malaysia yang melancong ke India supaya lebih berhati-hati semasa musim monsun, khususnya di kawasan berbukit yang terdedah kepada jalan licin dan tanah runtuh.

Pelancong juga digesa mendaftar dengan misi diplomatik Malaysia terdekat serta mendapatkan insurans perjalanan bagi memudahkan bantuan ketika kecemasan.

Kementerian menegaskan pihaknya akan terus memantau perkembangan insiden tersebut dan mengeluarkan makluman terkini dari semasa ke semasa.

SUMBER:TRT Global
Cari Berita Lain
Gempa 7.8 magnitud gegar selatan Filipina, tiga maut, amaran tsunami dikeluarkan
PM Anwar jamin sokongan berterusan bagi pelaburan berkualiti tinggi di Malaysia
Siasatan AS mungkin babit produk import negara ketiga, bukan kapasiti melampau Malaysia
Rundingan sempadan Malaysia-Indonesia kini di peringkat akhir, bakal muktamad Ogos ini
ASEAN perlu mempercepatkan grid serantau, hasilkan tenaga mampu milik
Pelaksanaan biodiesel B15 perkukuh keterjaminan tenaga negara
Tenaga nuklear dilihat sebagai solusi praktikal sokong RE, lonjakan permintaan pusat data
Krisis rantaian bekalan global: Malaysia, Indonesia perhalusi langkah strategik
Kabinet Thai lulus projek bersama Malaysia kurangkan risiko banjir di Lembangan Golok
Tiga sindiket penipuan antarabangsa ditumpaskan di Malaysia
PM Thai Anutin arah rundingan segera dengan Malaysia susulan sekatan import udang
Sindiket penipuan antarabangsa alih operasi ke Malaysia
Malaysia-Tamil Nadu teroka kerjasama lebih erat pelihara arkib dan warisan
PM Anwar: Langkah tangani kos sara hidup dilaksana secara berperingkat
Malaysia sekat import siakap dan udang Thailand mulai hari ini
Kerajaan perkukuh rantaian bekalan, jamin peluang pekerjaan
Malaysia mula kuat kuasa sekatan umur media sosial, MyKad dan MyDigital ID jadi syarat wajib
Permintaan elektrik melonjak, Malaysia kurangkan arang batu dan tambah penggunaan gas
PM: Belanjawan 2027 mungkin dikurangkan, pendidikan tetap jadi keutamaan
Saham Asia meningkat, harga minyak kekal kukuh ketika dunia nantikan perkembangan rundingan Iran