ASIA
2 min membaca
Aduan pemecatan pertama ke atas Presiden Marcos dibawa ke Dewan Perwakilan
Marcos turut didakwa menerima imbuhan daripada sisipan bajet serta projek tebatan banjir palsu, selain berdepan tuduhan penyalahgunaan kuasa dan mengkhianati kepercayaan awam.
Aduan pemecatan pertama ke atas Presiden Marcos dibawa ke Dewan Perwakilan
Ini merupakan aduan pemecatan pertama yang difailkan terhadap Presiden Marcos sejak beliau memegang jawatan pada 2022. / AP

Aduan pemecatan (impeachment) yang pertama terhadap Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. telah dikemukakan ke Dewan Perwakilan pada Isnin, susulan dakwaan mengenai penglibatan beliau dalam beberapa isu termasuk penyelewengan peruntukan yang tidak diprogramkan pada 2025, lapor media tempatan Inquirer.

Aduan itu difailkan oleh peguam Andre De Jesus kepada Pejabat Setiausaha Agung Dewan Cheloy Garafil dan disokong oleh Timbalan Ketua Minoriti merangkap wakil parti Pusong Pinoy Jernie Nisay.

Dalam aduan tersebut, De Jesus mengemukakan enam asas, antaranya dakwaan mengenai kegagalan Presiden itu memveto peruntukan tidak berperlembagaan dalam Akta Peruntukan Am beberapa tahun kebelakangan ini.

Selain itu, Marcos turut didakwa menerima imbuhan daripada sisipan bajet serta projek tebatan banjir palsu, selain berdepan tuduhan penyalahgunaan kuasa dan mengkhianati kepercayaan awam.

De Jesus turut mendakwa penubuhan Suruhanjaya Bebas Infrastruktur (ICI) telah diperalatkan untuk melindungi sekutu politik kerajaan dan menyasarkan pihak lawan, sambil menegaskan bahawa beberapa dakwaan terhadap Presiden tidak pernah dijawab secara langsung oleh pihak istana.

Isu dakwaan penggunaan dadah terlarang oleh Presiden Marcos turut disentuh, walaupun kerajaan menegaskan perkara itu telah lama dinafikan dan disangkal melalui ujian dadah negatif yang disahkan pakar perubatan.

Istana Presiden sebelum ini berkata ia tidak perlu melayan semula tuduhan tersebut.

De Jesus mengakui cabaran besar menanti kerana Dewan Perwakilan didominasi blok majoriti pro-kerajaan, namun menegaskan beliau tetap berharap proses pemecatan dapat diteruskan atas prinsip akauntabiliti dan keadilan.

Ini merupakan aduan pemecatan pertama yang difailkan terhadap Presiden Marcos sejak beliau memegang jawatan pada 2022, sekali gus membuka lembaran baharu dalam landskap politik Filipina yang sejak kebelakangan ini turut menyaksikan beberapa proses pemecatan melibatkan kepimpinan tertinggi negara.

Cari Berita Lain
Malaysia-Jepun meterai empat Memorandum Kerjasama
Malaysia sasar peranan utama hab MRO Asia Pasifik susulan pelaburan RM267 juta Collins Aerospace
Malaysia kekalkan kuota minyak 2026 susulan keputusan OPEC+, fokus agenda RMK13
Pembangunan AI perlu ihsan, tidak gugat nilai kemanusiaan – PM Anwar
Kerajaan perkukuh operasi bersepadu, banteras warga asing salah guna pas lawatan
Gempa bumi Filipina: Sekurang-kurangnya 32 dikhuatiri maut, mangsa imbau detik cemas
PM Anwar dijangka saksi pemeteraian empat MoU strategik di Tokyo
Anwar lawat Jepun tiga hari, sasar perkasa kerjasama strategik komprehensif
Gempa 7.8 magnitud gegar selatan Filipina, tiga maut, amaran tsunami dikeluarkan
PM Anwar jamin sokongan berterusan bagi pelaburan berkualiti tinggi di Malaysia
Siasatan AS mungkin babit produk import negara ketiga, bukan kapasiti melampau Malaysia
Rundingan sempadan Malaysia-Indonesia kini di peringkat akhir, bakal muktamad Ogos ini
ASEAN perlu mempercepatkan grid serantau, hasilkan tenaga mampu milik
Pelaksanaan biodiesel B15 perkukuh keterjaminan tenaga negara
Tenaga nuklear dilihat sebagai solusi praktikal sokong RE, lonjakan permintaan pusat data
Krisis rantaian bekalan global: Malaysia, Indonesia perhalusi langkah strategik
Kabinet Thai lulus projek bersama Malaysia kurangkan risiko banjir di Lembangan Golok
Tiga sindiket penipuan antarabangsa ditumpaskan di Malaysia
PM Thai Anutin arah rundingan segera dengan Malaysia susulan sekatan import udang
Sindiket penipuan antarabangsa alih operasi ke Malaysia