BISNES & TEKNOLOGI
1 min membaca
Pelaburan AS$2 bilion Google atasi jangkaan, berada pada landasan tepat — Anwar
Apabila mula beroperasi kelak, ia dijangka menjana kesan ekonomi sebanyak US$3.2 bilion serta mewujudkan 26,500 peluang pekerjaan menjelang 2030.
Pelaburan AS$2 bilion Google atasi jangkaan, berada pada landasan tepat — Anwar
Anwar Ibrahim semasa panggilan sidang video bersama pasukan Google pada Khamis, 26 Februari 2026. / Foto: Pejabat Perdana Menteri / TRT Global
16 jam yang lepas

Pelaburan berjumlah AS$2 bilion oleh Google di Malaysia yang diumumkan pada Mei 2024 kini menunjukkan kemajuan memberangsangkan dan berada pada landasan tepat, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, perkara itu dimaklumkan dalam satu sidang video bersama Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet dan Google, Ruth Porat, serta pasukannya pada Khamis.

Anwar berkata pelaburan tersebut melibatkan pembinaan dan pengoperasian pusat data serta perkhidmatan awan Google yang pertama di Malaysia.

Apabila mula beroperasi kelak, ia dijangka menjana kesan ekonomi sebanyak US$3.2 bilion serta mewujudkan 26,500 peluang pekerjaan menjelang 2030.

“Alhamdulillah, saya dimaklumkan pelaburan ini bergerak dengan kemajuan yang memberangsangkan, malah melangkaui jangkaan awal,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pelaburan strategik itu mencerminkan keyakinan berterusan terhadap ekosistem ekonomi digital negara dan selari dengan aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai hab serantau bagi aliran data selamat, pengkomputeran awan serta inovasi kecerdasan buatan (AI).

Tambahnya, kerajaan kekal komited untuk memudah cara dan menyediakan platform sokongan yang diperlukan bagi memastikan pelaburan dilaksanakan secara pantas dan berkesan, selain mengalu-alukan Google meneroka peluang pelaburan tambahan di Malaysia pada masa hadapan.

SUMBER:TRT Global