ASIA
2 min membaca
Hun Manet gesa perpaduan nasional tangani isu sempadan, penipuan dalam talian
Hun Manet berkata rakyat Kemboja perlu bersatu padu dengan komitmen nasional yang sama bagi memperkukuh keupayaan negara dalam semua sektor, serta menghapuskan segala bentuk masalah sosial yang melemahkan negara.
Hun Manet gesa perpaduan nasional tangani isu sempadan, penipuan dalam talian
Hun Manet menggesa rakyat Kemboja mengekalkan perpaduan dalam usaha membanteras gejala sosial. (FAIL) / Reuters

Perdana Menteri Kemboja Hun Manet memuji solidariti rakyat Khmer ketika negara itu berdepan tempoh sukar susulan pertempuran dengan Thailand baru-baru ini, lapor The Phnom Penh Post.

Beliau turut menggesa rakyat Kemboja mengekalkan perpaduan dalam usaha membanteras gejala sosial, khususnya penipuan dalam talian.

Dalam kenyataan di media sosial pada Selasa, Hun Manet berkata rakyat Kemboja perlu bersatu padu dengan komitmen nasional yang sama bagi memperkukuh keupayaan negara dalam semua sektor, serta menghapuskan segala bentuk masalah sosial yang melemahkan negara.

Beliau berkata usaha memerangi jenayah penipuan berasaskan teknologi kini berada pada tahap kritikal, selain pelbagai keutamaan nasional lain yang sedang ditangani kerajaan.

Menurutnya, walaupun usaha membanteras penipuan telah dilaksanakan sejak kerajaan penggal keenam dan ketujuh, pentadbiran sekarang menjadikannya sebagai keutamaan penting.

“Ini bukan kebetulan, tetapi usaha yang dirancang untuk memerangi jenayah rentas sempadan yang menjadi kebimbangan bersama rakyat Kemboja, rantau ini dan dunia,” katanya.

Hun Manet turut menggesa penyertaan menyeluruh dengan komitmen dan pengorbanan demi negara daripada semua pihak berkepentingan, termasuk rakyat Khmer daripada semua lapisan masyarakat dan fahaman politik, penjawat awam, pihak berkuasa tempatan serta semua pasukan berkaitan.

“Kita mesti bersatu sebagai satu kekuatan solidariti nasional Khmer bagi menghapuskan semua isu negatif berkaitan jenayah penipuan teknologi, di samping memartabatkan reputasi baik kerajaan Kemboja di peringkat antarabangsa,” katanya.

Cari Berita Lain
Malaysia perluas fokus KL20 2026 kepada 8 sektor utama pertumbuhan 'startup'
Sembcorp Singapura dapat kelulusan import tenaga boleh baharu 300MW dari Malaysia
Malaysia lancar siasatan anti-lambakan import keluli dari China, Taiwan dan Vietnam
Myanmar, Bangladesh bincang sambung semula mesyuarat bilateral, projek paip gas dan kerjasama tenaga
Prospek Malaysia tergugat, skuad muda Thailand terus cemerlang di Kejohanan ASEAN
Seni bina keselamatan ASEAN perlu jadi teras penglibatan Indo-Pasifik: Khaled
Penganjuran F1 mampu jana aktiviti ekonomi Malaysia lebih RM1 bilion
Menteri Pertahanan Thai beri taklimat isu keselamatan sempadan kepada rakan sejawat Malaysia
Malaysia pertimbang semula keberadaan UNHCR jika enggan kerjasama, kata Menteri Luar
PM gesa pendekatan dakwah lebih bijak, berteraskan teknologi
Zon ekonomi sempadan Malaysia-Thailand pacu perdagangan, jimat kos logistik
ASEAN pertimbang penanda aras baharu, utusan khas jangka panjang pulihkan pelan damai Myanmar
Sidang kemuncak ASEAN buka tirai dengan seruan perpaduan di tengah-tengah pergolakan global
Malaysia akan bangunkan mekanisme sendiri urus pelarian
Menteri Luar ASEAN mahu bincang 'langkah seterusnya' tangani isu Myanmar
Tragedi bot karam: Lebih 500 pelarian Rohingya dikhuatiri maut di perairan Myanmar
Krisis bekalan global: Anwar arah tindakan segera kurangkan tekanan kos pengilang
Zon Ekonomi Sempadan Malaysia-Thailand lonjak perdagangan serantau ASEAN
Gempa bumi besar di Asia boleh beri kesan kepada Singapura, Malaysia — kajian
Presiden Singapura mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia