ASIA
2 min membaca
Marcos minta bantuan Malaysia, Singapura kes sembunyi jet bekas ahli Kongres
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina memaklumkan bahawa dua helikopter AgustaWestland milik entiti berkaitan Co kini berada di Kota Kinabalu, Sabah, manakala sebuah pesawat Gulfstream G350 dikesan di Singapura.
Marcos minta bantuan Malaysia, Singapura kes sembunyi jet bekas ahli Kongres
(FAIL) Marcos berkata Zaldy Co, yang kini diburu, didakwa terlibat dalam penyelewengan dana projek kawalan banjir. / AP

Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan kerjasama Malaysia dan Singapura susulan dakwaan bahawa bekas ahli Kongres Zaldy Co menyembunyikan beberapa pesawat peribadi miliknya di kedua-dua negara, ketika Manila memperhebat tindakan membekukan aset berkaitan skandal rasuah besar-besaran, lapor Bloomberg.

Marcos berkata Co, yang kini diburu, didakwa terlibat dalam penyelewengan dana projek kawalan banjir.

“Anda tidak boleh mencuri daripada rakyat Filipina dan berharap boleh sembunyi atau terbang jauh dengan jet peribadi anda,” katanya dalam satu video di Facebook. “Anda mungkin ada duit untuk melarikan diri, tetapi anda tidak akan dapat melarikan diri daripada Republik Filipina.”

Menurut pihak berkuasa, aset Co antara yang telah dibekukan kerajaan ketika Filipina meningkatkan usaha menjejak individu terbabit dalam skandal bernilai berbilion peso itu, yang membabitkan projek infrastruktur banjir di negara yang kerap dilanda taufan.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina memaklumkan bahawa dua helikopter AgustaWestland milik entiti berkaitan Co kini berada di Kota Kinabalu, Sabah, manakala sebuah pesawat Gulfstream G350 dikesan di Singapura.

Agensi itu kini berkoordinasi dengan rakan sejawat di kedua-dua negara.

Pesawat Gulfstream berkenaan dikaitkan dengan Misibis Aviation & Development Corp, syarikat yang didaftarkan atas nama bekas ahli Kongres itu.

Jet tersebut dibeli sekitar Jun 2024 dan kali terakhir direkodkan berlepas dari Manila ke Lapangan Terbang Seletar, Singapura pada 16 Ogos lalu.

Marcos turut memaklumkan bahawa seorang pegawai kerja raya yang telah dipecat dan turut dikaitkan dengan skandal sama telah memulangkan 110 juta peso (AS$1.9 juta) dan berhasrat menyerahkan 200 juta peso lagi.

“Kerajaan ini akan mengembalikan setiap peso, setiap aset, dan membawa pulang setiap individu yang bertanggungjawab kepada rakyat Filipina,” tegasnya.

Cari Berita Lain
Gempa 7.8 magnitud gegar selatan Filipina, tiga maut, amaran tsunami dikeluarkan
PM Anwar jamin sokongan berterusan bagi pelaburan berkualiti tinggi di Malaysia
Siasatan AS mungkin babit produk import negara ketiga, bukan kapasiti melampau Malaysia
Rundingan sempadan Malaysia-Indonesia kini di peringkat akhir, bakal muktamad Ogos ini
ASEAN perlu mempercepatkan grid serantau, hasilkan tenaga mampu milik
Pelaksanaan biodiesel B15 perkukuh keterjaminan tenaga negara
Tenaga nuklear dilihat sebagai solusi praktikal sokong RE, lonjakan permintaan pusat data
Krisis rantaian bekalan global: Malaysia, Indonesia perhalusi langkah strategik
Kabinet Thai lulus projek bersama Malaysia kurangkan risiko banjir di Lembangan Golok
Tiga sindiket penipuan antarabangsa ditumpaskan di Malaysia
PM Thai Anutin arah rundingan segera dengan Malaysia susulan sekatan import udang
Sindiket penipuan antarabangsa alih operasi ke Malaysia
Malaysia-Tamil Nadu teroka kerjasama lebih erat pelihara arkib dan warisan
PM Anwar: Langkah tangani kos sara hidup dilaksana secara berperingkat
Malaysia sekat import siakap dan udang Thailand mulai hari ini
Kerajaan perkukuh rantaian bekalan, jamin peluang pekerjaan
Malaysia mula kuat kuasa sekatan umur media sosial, MyKad dan MyDigital ID jadi syarat wajib
Permintaan elektrik melonjak, Malaysia kurangkan arang batu dan tambah penggunaan gas
PM: Belanjawan 2027 mungkin dikurangkan, pendidikan tetap jadi keutamaan
Saham Asia meningkat, harga minyak kekal kukuh ketika dunia nantikan perkembangan rundingan Iran