ASIA
2 min membaca
Mangsa banjir terus menurun di kebanyakan negeri, Pahang catat peningkatan kecil
Di Pahang, jumlah mangsa meningkat kepada 610 orang daripada 206 keluarga berbanding 585 orang (202 keluarga) pada malam sebelumnya.
Mangsa banjir terus menurun di kebanyakan negeri, Pahang catat peningkatan kecil
(FAIL) Situasi banjir di Semenanjung Malaysia semakin terkawal di mana jumlah mangsa terlibat mencatatkan penurunan. / Reuters

Situasi banjir di lapan negeri di Semenanjung Malaysia menunjukkan trend penurunan jumlah mangsa, kecuali Pahang yang mencatat sedikit peningkatan setakat 8 pagi Isnin, menurut portal Info Bencana JKM.

Di Pahang, jumlah mangsa meningkat kepada 610 orang daripada 206 keluarga berbanding 585 orang (202 keluarga) malam sebelumnya.

Temerloh terus mencatat angka tertinggi dengan 223 mangsa ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS), selain daerah Lipis, Bera, Jerantut dan Kuantan yang turut terjejas.

Bacaan paras air di beberapa lokasi Sungai Pahang — termasuk di Sungai Triang, Waterfront Bera dan Lubuk Paku, Pekan — kekal melepasi paras bahaya.

Tujuh lagi negeri menunjukkan penurunan. Di Terengganu, jumlah mangsa berkurang kepada 1,752 orang (552 keluarga) berbanding 2,018 orang (650 keluarga) malam sebelumnya.

Sebanyak 50 PPS masih beroperasi di Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Marang, Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman.

Di Selangor, seramai 2,707 mangsa (752 keluarga) ditempatkan di 30 PPS di Kuala Selangor, Sepang, Kuala Langat dan Sabak Bernam — sedikit menurun berbanding 2,789 mangsa (777 keluarga) malam tadi.

Sementara itu, di Negri Sembilan, dua PPS di Port Dickson menempatkan 79 mangsa (44 keluarga), menurun daripada 89 mangsa (49 keluarga).

Perak juga menunjukkan pemulihan dengan jumlah mangsa berkurang kepada 4,766 orang (1,447 keluarga) di 30 PPS merentasi lima daerah.

Di Kedah, angka mangsa turun kepada 264 orang (83 keluarga) berbanding 342 orang (104 keluarga) malam sebelumnya, dengan mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Padang Pekan dan SK Tunjang.

Perlis turut merekodkan penurunan ketara kepada 2,523 mangsa daripada 3,009 malam tadi, dengan 12 PPS masih dibuka di Padang Besar, Kangar dan Arau.

Di Kelantan, Pasir Mas kekal satu-satunya daerah terjejas, menempatkan 894 mangsa (305 keluarga) di empat PPS.

Paras air sungai utama menunjukkan trend normal atau menurun, kecuali Sungai Pergau di Kampung Lawar, Jeli yang kekal pada paras bahaya dengan bacaan 99.93 meter.

SUMBER:TRT Global
Cari Berita Lain
Gempa 7.8 magnitud gegar selatan Filipina, tiga maut, amaran tsunami dikeluarkan
PM Anwar jamin sokongan berterusan bagi pelaburan berkualiti tinggi di Malaysia
Siasatan AS mungkin babit produk import negara ketiga, bukan kapasiti melampau Malaysia
Rundingan sempadan Malaysia-Indonesia kini di peringkat akhir, bakal muktamad Ogos ini
ASEAN perlu mempercepatkan grid serantau, hasilkan tenaga mampu milik
Pelaksanaan biodiesel B15 perkukuh keterjaminan tenaga negara
Tenaga nuklear dilihat sebagai solusi praktikal sokong RE, lonjakan permintaan pusat data
Krisis rantaian bekalan global: Malaysia, Indonesia perhalusi langkah strategik
Kabinet Thai lulus projek bersama Malaysia kurangkan risiko banjir di Lembangan Golok
Tiga sindiket penipuan antarabangsa ditumpaskan di Malaysia
PM Thai Anutin arah rundingan segera dengan Malaysia susulan sekatan import udang
Sindiket penipuan antarabangsa alih operasi ke Malaysia
Malaysia-Tamil Nadu teroka kerjasama lebih erat pelihara arkib dan warisan
PM Anwar: Langkah tangani kos sara hidup dilaksana secara berperingkat
Malaysia sekat import siakap dan udang Thailand mulai hari ini
Kerajaan perkukuh rantaian bekalan, jamin peluang pekerjaan
Malaysia mula kuat kuasa sekatan umur media sosial, MyKad dan MyDigital ID jadi syarat wajib
Permintaan elektrik melonjak, Malaysia kurangkan arang batu dan tambah penggunaan gas
PM: Belanjawan 2027 mungkin dikurangkan, pendidikan tetap jadi keutamaan
Saham Asia meningkat, harga minyak kekal kukuh ketika dunia nantikan perkembangan rundingan Iran