ASIA
1 min membaca
Lebih 30 rakyat Malaysia diselamatkan dari pusat scam di Kemboja
Pihak berkuasa keselamatan Kemboja kini memperhebatkan tindakan terhadap kegiatan penipuan siber dan perjudian dalam talian haram, yang sebelum ini merekrut ribuan anak muda dari Asia Tenggara dan Asia Selatan yang mencari pekerjaan.
Lebih 30 rakyat Malaysia diselamatkan dari pusat scam di Kemboja
Foto menunjukkan salah sebuah pusat penipuan yang diserbu di Kemboja. (FAIL) / AP

Lebih 30 rakyat Malaysia yang didakwa terlibat dalam aktiviti penipuan dalam talian berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke tanah air bulan ini, ketika Kemboja mempergiat usaha membanteras sindiket penipuan siber di seluruh negara, lapor Bernama.

Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, dengan kerjasama Jabatan Am Imigresen Kemboja, telah menghantar pulang 29 warganegara Malaysia, menurut kenyataan kedutaan itu di Facebook pada Rabu.

Sebelum ini, dua lagi rakyat Malaysia yang dipercayai dipaksa terlibat dalam kegiatan jenayah siber turut dibawa pulang selepas berjaya melarikan diri dari pusat penipuan berkenaan.

Mereka dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan dalam talian yang memperdaya mangsa untuk bekerja di pusat penipuan di Kemboja.

Pihak berkuasa keselamatan Kemboja kini memperhebatkan tindakan terhadap kegiatan penipuan siber dan perjudian dalam talian haram, yang sebelum ini merekrut ribuan anak muda dari Asia Tenggara dan Asia Selatan yang mencari pekerjaan.

Sejak tahun lalu, ratusan pusat penipuan yang dikendalikan sindiket jenayah antarabangsa dan menyasarkan mangsa di luar negara telah dilumpuhkan, dengan pihak berkuasa melaporkan lebih 13,000 mangsa dari lebih 60 negara dihantar pulang sepanjang tempoh itu.

Cari Berita Lain
Malaysia-Jepun meterai empat Memorandum Kerjasama
Malaysia sasar peranan utama hab MRO Asia Pasifik susulan pelaburan RM267 juta Collins Aerospace
Malaysia kekalkan kuota minyak 2026 susulan keputusan OPEC+, fokus agenda RMK13
Pembangunan AI perlu ihsan, tidak gugat nilai kemanusiaan – PM Anwar
Kerajaan perkukuh operasi bersepadu, banteras warga asing salah guna pas lawatan
Gempa bumi Filipina: Sekurang-kurangnya 32 dikhuatiri maut, mangsa imbau detik cemas
PM Anwar dijangka saksi pemeteraian empat MoU strategik di Tokyo
Anwar lawat Jepun tiga hari, sasar perkasa kerjasama strategik komprehensif
Gempa 7.8 magnitud gegar selatan Filipina, tiga maut, amaran tsunami dikeluarkan
PM Anwar jamin sokongan berterusan bagi pelaburan berkualiti tinggi di Malaysia
Siasatan AS mungkin babit produk import negara ketiga, bukan kapasiti melampau Malaysia
Rundingan sempadan Malaysia-Indonesia kini di peringkat akhir, bakal muktamad Ogos ini
ASEAN perlu mempercepatkan grid serantau, hasilkan tenaga mampu milik
Pelaksanaan biodiesel B15 perkukuh keterjaminan tenaga negara
Tenaga nuklear dilihat sebagai solusi praktikal sokong RE, lonjakan permintaan pusat data
Krisis rantaian bekalan global: Malaysia, Indonesia perhalusi langkah strategik
Kabinet Thai lulus projek bersama Malaysia kurangkan risiko banjir di Lembangan Golok
Tiga sindiket penipuan antarabangsa ditumpaskan di Malaysia
PM Thai Anutin arah rundingan segera dengan Malaysia susulan sekatan import udang
Sindiket penipuan antarabangsa alih operasi ke Malaysia