IKLIM
1 min membaca
MetMalaysia jangka cuaca panas dan kering hingga 31 Jan
Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata satu pertembungan angin turut dijangka berlaku di Sabah, Sarawak dan Labuan dari 29 hingga 31 Januari.
MetMalaysia jangka cuaca panas dan kering hingga 31 Jan
MetMalaysia meramalkan cuaca panas dan kering akan berterusan di kebanyakan kawasan di Semenanjung. (FAIL) / AP
26 Januari 2026

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca panas dan kering akan berterusan di kebanyakan kawasan Semenanjung Malaysia, khususnya di utara, sehingga 31 Januari.

Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata satu pertembungan angin turut dijangka berlaku di Sabah, Sarawak dan Labuan dari 29 hingga 31 Januari.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan ribut petir berserta hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan sepanjang tempoh tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook MetMalaysia semalam, menurut laporan Bernama.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk laman web rasmi dan saluran media sosial MetMalaysia, atau memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih.