Fokus Hari Ini | 29 Oktober
00:00
00:0000:00
Dunia
Fokus Hari Ini | 29 Oktober
Gaza dihentam bertalu-talu oleh Israel, puluhan rakyat Palestin maut, jejas usaha gencatan senjata. Presiden Turki Erdogan umum kereta kebal Altay buatan tempatan mula perkhidmatan semasa Türkiye rai Hari Republiknya yang ke-102.
29 Oktober 2025

Serangan Israel ragut nyawa rakyat Palestin di Gaza, langgar gencatan senjata

Sekurang-kurangnya 63 orang awam Palestin, termasuk 24 kanak-kanak, terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan udara oleh Israel di Gaza, sekali gus melanggar perjanjian gencatan senjata yang diusahakan oleh Presiden AS Donald Trump. Israel melancarkan serangan udara dan artileri secara meluas di seluruh Gaza pada malam Selasa, termasuk berhampiran Hospital Shifa dan kem Shati. Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengarahkan "serangan segera dan kuat," sambil menuduh Hamas melakukan pelanggaran. Kumpulan pejuang Palestin itu menafikan dakwaan Netanyahu. Pelan gencatan senjata 20 perkara Trump mula dilaksanakan sejak 10 Oktober, susulan perang yang telah membunuh lebih 68,500 rakyat Palestin.

Genosid Israel di Gaza berlaku kerana kegagalan moral

Pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Wilayah Palestin yang Diduduki, Francesca Albanese, berkata Israel sedang melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza selepas “kegagalan moral dan politik berdekad-dekad.” Beliau turut mengecam negara-negara yang terus membekalkan senjata dan memberi sokongan kepada Israel. “Pada hari ke-751 pembunuhan beramai-ramai di Gaza, saya mulakan dengan menghormati mangsa yang maut dan mangsa yang terselamat daripada semua tragedi genosid, dahulu dan kini,” kata Albanese dalam ucapan dalam talian kepada Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung PBB. Beliau berkata laporannya mengenai Wilayah Palestin yang diduduki mendedahkan bahawa “keganasan ini bukanlah perkara pelik, tetapi kemuncak kepada kegagalan moral dan politik dalam sistem penjajahan yang berakar kuat selama beberapa dekad— disokong oleh sistem global yang bersekongkol.”

Laporan: RSF melakukan pembunuhan beramai-ramai dari rumah ke rumah di Sudan

Laporan Yale School of Public Health baru-baru ini mendedahkan bukti pembunuhan beramai-ramai oleh Pasukan Sokongan Rapid atau militan RSF di Al Fasher, Sudan. Menggunakan imej satelit, Makmal Penyelidikan Kemanusiaan Yale mengenal pasti mayat di darat, orang awam yang melarikan diri, dan kawalan RSF ke atas Angkatan Bersenjata Sudan. Laporan itu mendokumentasikan kenderaan RSF yang terlibat dalam operasi rumah ke rumah, menyekat jalan dan menggunakan trak yang dipasang dengan senjata api. Makmal tersebut juga mengesahkan penemuan melalui laporan di media sosial, sekali gus mengesahkan kekejaman yang meluas di bandar itu.

AS, Jepun memperoleh mineral kritikal di tengah-tengah kebimbangan bekalan global

Amerika Syarikat dan Jepun menandatangani perjanjian untuk "menjamin" bekalan mineral kritikal dan nadir bumi, menurut Rumah Putih, semasa Presiden Donald Trump melawat Tokyo. Perjanjian pada Selasa itu hadir ketika Amerika Syarikat cuba meningkatkan akses kepada mineral kritikal selepas China mengetatkan kawalannya ke atas nadir bumi. Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam pembinaan kapal, dan berkata beberapa projek pelaburan Jepun dalam tenaga, AI dan sektor lain sedang dipertimbangkan. Objektif perjanjian nadir bumi itu adalah "untuk membantu kedua-dua negara dalam mencapai daya tahan dan keselamatan rantaian bekalan mineral kritikal dan nadir bumi", kata kenyataan itu.

Türkiye umum kereta kebal Altay yang pertama selepas beberapa siri ujian

Türkiye telah menghantar kereta kebal Altay buatan tempatannya yang pertama kepada angkatan tentera, umum Presiden Recep Tayyip Erdogan di Ankara. Altay, kereta kebal tempur utama negara itu yang baharu, menjalani ujian 35,000 kilometer dan 3,700 latihan tembakan sebelum digunakan. Dihasilkan di kemudahan BMC seluas 63,000 meter persegi, lapan kereta kebal Altay dan 10 kenderaan perisai Altug akan dilancarkan setiap bulan. Erdogan memuji Türkiye sebagai peneraju dalam teknologi pertahanan udara, darat dan laut yang canggih ketika negara itu meraikan Hari Republik ke 102 tahun.

Audio lain
Fokus Hari Ini | 12 Mac
Visa Iklim: Antara Pemindahan dan Pencegahan
Keperluan Kawan Sebenar
Ramalan Gempa Bumi: Mengapa Sains Masih Tidak Boleh Meramal Kedatangan Gempa Besar
Mempersenjatakan Kelaparan: Dari Kolonialisme Britain ke Gaza Hari Ini
Superman Kembali – Kali Ini Mirip Keadaan di Gaza
Bola Sepak Membawa Perubahan
Buruh Kanak-Kanak Jadi Tular. Kita Tengok Je?
Politik Nuklear Global: Siapa Layak Memiliki Bom?
Iman Jadi Sasaran