Keperluan Kawan Sebenar
00:00
00:0000:00
Keperluan Kawan Sebenar
Dalam era di mana berbilion manusia berhubung dalam talian seolah-olah mempunyai ramai kawan, perasaan sunyi secara paradoks semakin meningkat.
24 Oktober 2025

Kita hidup di alam di mana kami boleh mesej atau video-call sesiapa tak kita sejauh mana dalam beberapa saat. 

Telefon tak henti berdering dengan notifikasi mesej, likes, dan permohonan untuk jadi “kawan” di media sosial - akan tetapi, kami masih kesepian. 

Ada 5 bilion pengguna atas talian dan manusia berangkaian dengan janji media sosial yang kami akan sentiasa dekat dengan satu sama lain. 

Tetapi, adakah kita tersilap menganggap sambungan digital sebagai hubungan insani yang sebenar? Para pakar telah membunyikan amaran… Apa yang kita panggil sebagai "hubungan" itu mungkin bukanlah hubungan yang sebenarnya.

Pada zaman sekarang, hadir secara fizikal adalah tindakan persahabatan yang paling radikal yang boleh anda lakukan.

Mesej ini disuarakan oleh ahli psikologi klinikal dari Turkiye, Fazilet Seyitoğlu, yang telah lebih sedekad mengkaji kesan penglibatan digital.

Kesimpulannya?

Internet seringkali mencipta fatamorgana kehidupan sosial - banyak aktiviti tetapi hubungan yang cetek. Beliau menyuarakan pandangan ini secara eksklusif kepada kami.

Seyitoğlu berkata, walaupun orang nampak macam sosial di platform seperti Facebook, Twitter dan Instagram, interaksi tersebut bukanlah jenis yang memenuhi keperluan mereka.

Dan apabila anda memerlukan seseorang untuk sokongan emosi seperti berada di sebelah anda - tiada aplikasi media sosial yang dapat memberikan jenis persahabatan seperti itu.

Penyelidikan menyokong pendapatnya. Rasa sunyi semakin meningkat, terutamanya dalam kalangan orang dewasa muda.

Kajian 2022 oleh Eric J Moody mendapati bahawa pelajar yang lebih banyak terlibat dalam perbualan bersemuka umumnya melaporkan tahap kesunyian yang lebih rendah.

Moody juga berkata pengguna internet yang kerap sering melaporkan kurang kesunyian sosial, tetapi lebih banyak kesunyian emosi! Itulah kekosongan yang tidak boleh dihilangkan hanya dengan menatal.

Menurut Seyitoğlu, dunia digital ni pantas berkembang dan pengguna mengejarnya untuk pelbagai sebab macam nak keseronokan, pengesahan dan kepuasan segera. Ruang ni didorong oleh ego bukannya empati, dan kita tengok persahabatan sebenar yang saling balas-membalas semakin hapus.

Ada satu kajian penting pada 2025 yang diketuai Universiti Greenwich dan King’s College London yang menunjukkan platform digital mana yang sebenarnya beri kesan.

Platform pasif macam YouTube dan Reddit dikaitkan dengan rasa sunyi yang lebih tinggi. Sebaliknya, aplikasi mesej aktif macam WhatsApp pula dikaitkan dengan rasa sunyi yang lebih rendah.

Apa intipati mereka?

Media sosial bukanlah satu kumpulan besar, tapi banyak ruang berbeza dengan kesan berbeza. Dan masih tak jelas sama ada rasa sunyi yang mendorong orang ke atas talian, atau terlalu banyak masa atas talian yang buatkan rasa sunyi makin teruk. Laporan mereka beri amaran orang muda yang sunyi selalunya cari sokongan dalam talian, tapi ada yang mungkin terperangkap guna teknologi digital secara paksa sampai ia rosakkan kehidupan peribadi mereka.

Kajian-kajian lepas juga sokong kebimbangan ni tentang kesan zaman digital pada kehidupan sosial kita.

Contohnya, kajian oleh Enghel-bergh dan Hwe-berg pada 2004 mendapati yang penggunaan internet tinggi dikaitkan dengan penyesuaian sosial yang lebih rendah dan kecerdasan emosi yang berkurang.

Dan satu lagi kajian, oleh Yao dan Zhong pada 2014 cadangkan yang ketagihan internet sebenarnya boleh sebabkan rasa sunyi, bukan ubatnya.

Dan bila krisis datang, persahabatan digital selalunya tak cukup untuk bantu.

Seyitoğlu cakap tak kisahlah berapa banyak likes yang anda dapat, kawan digital tak boleh ada di sisi anda, pegang tangan anda bila kita menangis.

Hubungan digital boleh cetuskan persahabatan. Tetapi, nak kekalkannya agak susah. Inilah paradoks era perhubungan: banyak kawan online tapi sedikit saat hubungan yang benar. Jadi, apa ubatnya?

Menurut Seyitoğlu, kalau nak persahabatan yang sebenar, mestilah dibina dalam dunia nyata. Persahabatan sejati memerlukan pengorbanan, masa dan kehadiran fizikal. Tanpanya, dia memberi amaran kita boleh menjadi seperti orang asing antara satu sama lain, malah kepada diri sendiri.

Dalam masyarakat yang semakin bergantung pada skrin untuk berhubung – termasuk warga emas – Seyitoğlu menyeru agar kita kembali kepada asas: makan bersama, berbual secara bersemuka, menziarahi tanpa dirancang, dan melihat mata seseorang tanpa sebarang skrin di antaranya.

Seyitoğlu memberi amaran yang kami berisiko hilang nilai-nilai murni yang dipegang oleh budaya Timur yang mengutamakan komuniti, kekeluargaan dan hubungan jangka panjang. Kini, ia telah beralih kepada nilai-nilai individualistik seperti keseronokan segera dan hidup bersendirian.

Isu kesepian telah menjadi begitu serius sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia kini mengiktirafnya sebagai ancaman kesihatan awam.

Negara-negara seperti United Kingdom dan Jepun bahkan telah mencipta strategi nasional untuk memeranginya.

Ini kerana, kata Seyitoğlu, sentuhan itu adalah manusiawi... hubungan mata itu menyembuhkan... dan 'dilihat' tidak sama makna dengan 'dikenali'.

Dunia sekarang penuh dengan profil dan filter yang dipilih-pilih. Perkara paling 'radikal' yang kita boleh buat adalah jadi diri sendiri sepenuhnya, dan hadir untuk orang lain tanpa perlu menyamar atau berlakon.

Seyitoğlu berkata setiap saat kita duduk dalam dunia digital, kita sebenarnya mensia-siakan hidup sosial sebenar hinggalah kita akan rasa kekosongan dalam hati. 

Jadi, inilah cabarannya: lain kali anda terasa nak hantar emoji hati, ambil telefon dan hubungi dia. Lebih baik lagi - jumpa bersemuka.

Rangkaian media sosial kita mungkin penuh, tetapi yang perlu diisi sebenarnya adalah hati kita…

Itu saja untuk episod Santapan Minda. Episod ini disuaikan dari artikel TRT World oleh Esra Karataş Alpay bertajuk “Why the world needs real friends in an age of digital loneliness and hyperconnectivity”.

Terima kasih kerana mendengar.









Audio lain
Fokus Hari Ini | 18 November
Ramalan Gempa Bumi: Mengapa Sains Masih Tidak Boleh Meramal Kedatangan Gempa Besar
Mempersenjatakan Kelaparan: Dari Kolonialisme Britain ke Gaza Hari Ini
Superman Kembali – Kali Ini Mirip Keadaan di Gaza
Bola Sepak Membawa Perubahan
Buruh Kanak-Kanak Jadi Tular. Kita Tengok Je?
Politik Nuklear Global: Siapa Layak Memiliki Bom?
Iman Jadi Sasaran
Pergelutan Kuasa Nadir Bumi
Gangguan Bekalan Tenaga