TÜRKİYE
1 min membaca
Netanyahu ‘ambil kesempatan peristiwa 1915’ untuk kepentingan politik: Turkiye
Kenyataan perdana menteri Israel tidak selari dengan fakta sejarah dan undang-undang, kata Ankara.
Netanyahu ‘ambil kesempatan peristiwa 1915’ untuk kepentingan politik: Turkiye
Netanyahu cuba menutup jenayah yang dilakukan beliau dan kerajaannya, kata Kementerian Luar Turkiye. / TRT World
 

Turkiye pada Rabu mengecam dan menolak kenyataan yang dibuat oleh perdana menteri Israel berhubung peristiwa 1915.

“(Benjamin) Netanyahu cuba mengeksploitasi peristiwa tragis dahulu untuk tujuan politik,” kata Kementerian Luar Turkiye dalam satu kenyataan.

“Netanyahu, yang kini dibicarakan atas peranannya dalam jenayah pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin, sedang berusaha menutup jenayah yang beliau dan kerajaannya lakukan,” tambah kementerian itu.

“Kami mengecam dan menolak kenyataan ini kerana ia tidak selari dengan fakta sejarah dan undang-undang,” katanya lagi.

Turkiye membantah gambaran insiden tersebut sebagai “pembunuhan beramai-ramai,” sebaliknya menyifatkannya sebagai tragedi yang mengorbankan kedua-dua pihak.

Ankara berulang kali mencadangkan penubuhan sebuah suruhanjaya bersama ahli sejarawan dari Turkiye dan Armenia, termasuk pakar antarabangsa, untuk menangani isu itu.

Sejak Oktober 2023, Israel telah membunuh hampir 63,000 rakyat Palestin di Gaza. Serangan tentera rejim Zionis itu telah memusnahkan wilayah berkenaan yang kini berdepan kebuluran, menjadikannya tidak lagi sesuai untuk didiami.

Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga berdepan kes pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung kekejamannya di wilayah tersebut.

SUMBER:AA
Cari Berita Lain
Erdogan di PBB: Gaza ‘kem tahanan paling tidak berperikemanusiaan, paling memalukan’
Foto pilihan: Türkiye terangi mercu tanda negara, rai Perjanjian Pertahanan Bersama Mekah
Türkiye memperingati ulang tahun ke-10 cubaan rampasan kuasa
Landasan Kereta Api Hejaz baharu tawar alternatif kepada Hormuz
Türkiye selar fitnah tidak berasas ‘pakar genosid Netanyahu’ terhadap Presiden Erdogan
Menghubungkan Selat Bosphorus-Selat Melaka: Koridor kewangan, pengetahuan Türkiye dan Malaysia
Erdogan sambut Aidiladha dengan mesej solidariti untuk Gaza, bidas kezaliman Netanyahu
Fahami krisis kepimpinan CHP
Türkiye umum Formula 1 bakal kembali ke Istanbul Park pada 2027
Forum Diplomasi Antalya memperluas peranan diplomatik Türkiye, kata Fidan
Duran: Harapan masa depan dunia terletak pada seruan Türkiye
Israel guna keselamatan sebagai alasan untuk rampas 'lebih banyak tanah': Menteri Luar Türkiye Fidan
Presiden Erdogan sifatkan aturan global di ‘ambang berbahaya,’ seru diplomasi dan kestabilan
Forum Diplomasi Antalya 2026 bermula dengan kehadiran pemimpin global
The Daily Telegraph padam laporan palsu mengenai Erdogan
Pemimpin dunia berkumpul di Türkiye untuk Forum Diplomasi Antalya ke-5
Insiden tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul, 3 pengganas "dineutralkan" - Menteri Turki
‘Penentang kronik’: Mengapa peranan Türkiye dalam NATO buat Israel gelisah?
Türkiye tidak akan berdiam diri bila Israel campak seluruh rantau dalam kancah peperangan: Erdogan
Presiden Turkiye gesa perpaduan semasa Aidilfitri di tengah-tengah ketegangan Timur Tengah