TÜRKİYE
2 min membaca
Erdogan sambut Aidiladha dengan mesej solidariti untuk Gaza, bidas kezaliman Netanyahu
"Saya juga percaya orang yang zalim yang dikenali sebagai Netanyahu akan mendapat pengajaran yang sewajarnya di tangan umat Islam," kata Presiden Türkiye ketika beliau menyambut Aidiladha dengan mesej solidariti untuk rakyat Palestin.
Erdogan sambut Aidiladha dengan mesej solidariti untuk Gaza, bidas kezaliman Netanyahu
Bercakap selepas solat sunat Aidiladha di Masjid Camlica, Istanbul, Erdogan berkata perayaan keagamaan memperkukuh perpaduan dan solidariti. / AA

Presiden Türkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu menyambut perayaan umat Islam, Aidiladha, atau Hari Raya Korban.

Erdogan menyifatkan Aidiladha sebagai satu "rahmat kerohanian" dan berkata beliau berharap perayaan ini akan membawa kebaikan kepada Türkiye, bangsa Türkiye, dunia Islam dan kemanusiaan secara keseluruhannya.

"Kepada semua saudara-saudara kita yang menyambut perayaan ini dengan kesedihan, kesakitan dan kedukaan yang mendalam di pelbagai pelosok geografi kerohanian kita, terutamanya mereka di Gaza, saya menyampaikan mesej solidariti yang utuh bagi pihak diri saya dan negara saya, dan saya mengucapkan selamat menyambut Aidiladha kepada anda semua," katanya.

Jutaan rakyat di seluruh Türkiye pada Rabu menunaikan solat sunat pada hari pertama perayaan tersebut.

Ketika bercakap kepada pemberita di Masjid Camlica di Istanbul selepas solat Aidiladha, Erdogan berkata perayaan keagamaan bertujuan untuk memperkukuh ikatan sosial dan sokongan bersama.

"Hari raya adalah hari untuk kasih sayang, hormat-menghormati, perpaduan, kebersamaan dan solidariti," katanya.

Pemimpin Türkiye itu berkata situasi di Gaza membuat umat Islam di Türkiye dan di seluruh dunia diselubungi kesedihan.

Erdogan turut membidas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang zalim, sambil menyatakan harapan agar umat Islam di seluruh dunia akan bersatu dalam menentang tindakan Israel di Gaza.

"Saya juga percaya orang yang zalim yang dikenali sebagai Netanyahu akan mendapat pengajaran yang sewajarnya di tangan umat Islam," katanya.

Turkiye merupakan salah satu pengkritik paling lantang terhadap kempen ketenteraan Israel di Gaza, dengan Erdogan berulang kali menuntut gencatan senjata dilaksanakan segera, akses bantuan kemanusiaan ditambah, dan tekanan antarabangsa yang lebih besar ke atas Israel.

Kenyataan beliau dibuat ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut Aidiladha di tengah-tengah krisis kemanusiaan dan ketegangan yang berterusan di Gaza serta Timur Tengah.

Perayaan ini memperingati kesediaan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya atas perintah Allah, sebelum digantikan dengan seekor kibas oleh kekuasaan Tuhan pada saat-saat akhir.

Umat Islam mengorbankan haiwan sebagai memperingati peristiwa tersebut dan membahagikan dagingnya kepada golongan miskin serta saudara-mara mereka.

SUMBER:AA
Cari Berita Lain
Menghubungkan Selat Bosphorus-Selat Melaka: Koridor kewangan, pengetahuan Türkiye dan Malaysia
Fahami krisis kepimpinan CHP
Türkiye umum Formula 1 bakal kembali ke Istanbul Park pada 2027
Forum Diplomasi Antalya memperluas peranan diplomatik Türkiye, kata Fidan
Duran: Harapan masa depan dunia terletak pada seruan Türkiye
Israel guna keselamatan sebagai alasan untuk rampas 'lebih banyak tanah': Menteri Luar Türkiye Fidan
Presiden Erdogan sifatkan aturan global di ‘ambang berbahaya,’ seru diplomasi dan kestabilan
Forum Diplomasi Antalya 2026 bermula dengan kehadiran pemimpin global
The Daily Telegraph padam laporan palsu mengenai Erdogan
Pemimpin dunia berkumpul di Türkiye untuk Forum Diplomasi Antalya ke-5
Insiden tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul, 3 pengganas "dineutralkan" - Menteri Turki
‘Penentang kronik’: Mengapa peranan Türkiye dalam NATO buat Israel gelisah?
Türkiye tidak akan berdiam diri bila Israel campak seluruh rantau dalam kancah peperangan: Erdogan
Presiden Turkiye gesa perpaduan semasa Aidilfitri di tengah-tengah ketegangan Timur Tengah
Türkiye kecam rancangan jahat cetus perang saudara di Iran: Fidan
Sokongan NATO kepada Türkiye uji kesediaan pakatan itu semasa berdepan ketegangan Timur Tengah
12 Mac, hari memperingati lagu kebangsaan dan penyair nasional Türkiye, Mehmet Akif Ersoy
Türkiye sokong keamanan, mahu lihat gencatan senjata dalam perang Iran, kata Erdogan
Erdogan: Hentikan perang AS-Israel ke atas Iran sebelum ia merebak
Türkiye siap sedia sistem pertahanan Patriot lindungi ruang udara susulan perang Iran