ASIA
2 min membaca
Malaysia, Singapura muktamad perjanjian tambahan bagi RTS Link
RTS Link yang menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dan Woodlands North di Singapura dijadual siap pada 31 Disember 2026, dengan operasi dijangka bermula Januari 2027.
Malaysia, Singapura muktamad perjanjian tambahan bagi RTS Link
Dalam pertemuan dengan Lawrence Wong, Anwar berkata isu kesesakan di pintu sempadan turut dibincangkan. / Foto: PMO / Other

Malaysia dan Singapura menandatangani satu perjanjian tambahan bagi projek Rapid Transit System (RTS) Link Johor Bahru–Singapura pada Khamis, memuktamadkan susunan kemudahan imigresen bagi mengurangkan kesesakan di Tambak Johor secara berkesan, lapor Bernama.

Perjanjian itu ditandatangani Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke dan Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura merangkap Menteri Kanan Kewangan Jeffrey Siow, disaksikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta rakan sejawatnya dari Singapura Lawrence Wong semasa Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura ke-12 di republik itu.

Anthony Loke sebelum ini menjelaskan pegawai imigresen Malaysia dan Singapura akan ditempatkan dalam bangunan atau kompleks yang sama, membolehkan penumpang menjalani pemeriksaan imigresen kedua-dua negara di satu lokasi sahaja.

RTS Link yang menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dan Woodlands North di Singapura dijadual siap pada 31 Disember 2026, dengan operasi dijangka bermula Januari 2027.

Dalam pertemuan empat mata dengan Lawrence Wong, Anwar berkata isu kesesakan di pintu sempadan turut dibincangkan dan perlu diberi perhatian segera.

Kedua-dua pemimpin juga membincangkan penambahbaikan skim teksi rentas sempadan bagi meningkatkan kemudahan kepada pengguna.

Turut disentuh adalah isu Batu Putih serta beberapa perkara maritim yang masih belum dimuktamadkan.

Anwar menegaskan kedua-dua negara sedang mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan pertikaian tersebut, namun ia melibatkan aspek kedaulatan negara yang lebih rumit berbanding isu lain.

Anwar turut memaklumkan bahawa kerjasama dua hala dalam peralihan tenaga dan import tenaga — khususnya melibatkan bekalan dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia dan Singapura — menunjukkan perkembangan positif.

Beliau berkata usaha sedang dipercepatkan agar Sarawak dapat mengeksport tenaga dengan lebih mudah, sambil memastikan keperluan tenaga di kedua-dua negara dipenuhi.

Cari Berita Lain
Malaysia-Jepun meterai empat Memorandum Kerjasama
Malaysia sasar peranan utama hab MRO Asia Pasifik susulan pelaburan RM267 juta Collins Aerospace
Malaysia kekalkan kuota minyak 2026 susulan keputusan OPEC+, fokus agenda RMK13
Pembangunan AI perlu ihsan, tidak gugat nilai kemanusiaan – PM Anwar
Kerajaan perkukuh operasi bersepadu, banteras warga asing salah guna pas lawatan
Gempa bumi Filipina: Sekurang-kurangnya 32 dikhuatiri maut, mangsa imbau detik cemas
PM Anwar dijangka saksi pemeteraian empat MoU strategik di Tokyo
Anwar lawat Jepun tiga hari, sasar perkasa kerjasama strategik komprehensif
Gempa 7.8 magnitud gegar selatan Filipina, tiga maut, amaran tsunami dikeluarkan
PM Anwar jamin sokongan berterusan bagi pelaburan berkualiti tinggi di Malaysia
Siasatan AS mungkin babit produk import negara ketiga, bukan kapasiti melampau Malaysia
Rundingan sempadan Malaysia-Indonesia kini di peringkat akhir, bakal muktamad Ogos ini
ASEAN perlu mempercepatkan grid serantau, hasilkan tenaga mampu milik
Pelaksanaan biodiesel B15 perkukuh keterjaminan tenaga negara
Tenaga nuklear dilihat sebagai solusi praktikal sokong RE, lonjakan permintaan pusat data
Krisis rantaian bekalan global: Malaysia, Indonesia perhalusi langkah strategik
Kabinet Thai lulus projek bersama Malaysia kurangkan risiko banjir di Lembangan Golok
Tiga sindiket penipuan antarabangsa ditumpaskan di Malaysia
PM Thai Anutin arah rundingan segera dengan Malaysia susulan sekatan import udang
Sindiket penipuan antarabangsa alih operasi ke Malaysia