1 Oktober 2025
Gempa bumi kuat berukuran 6.9 magnitud melanda Leyte, Filipina pada jam 9.59 malam Selasa (30 September), dengan gegaran turut dirasai di sekitar Sandakan, Sabah, menurut laporan Bernama.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa pusat gempa tersebut terletak kira-kira 50 kilometer ke barat laut Ormoc, Filipina.
Menurut MetMalaysia, gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
Namun, jabatan itu menegaskan bahawa tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia.
MetMalaysia turut menggesa orang awam yang merasai gegaran tersebut untuk mengisi borang maklum balas yang disediakan di pautan https://forms.gle/NWR9oUvQoK3FsQ5j8 bagi membantu pemantauan kejadian tersebut.