ASIA
2 min membaca
Anwar, Li Qiang bincang kerjasama perdagangan, kestabilan serantau
Mesyuarat itu turut membincangkan projek sambungan infrastruktur seperti peluasan ECRL dari Kota Bharu ke Rantau Panjang, serta kerjasama dalam bidang kritikal seperti unsur nadir bumi, projek paip air Perak–Pulau Pinang dan industri halal.
Anwar, Li Qiang bincang kerjasama perdagangan, kestabilan serantau
Pertemuan tertutup selama 15 minit itu turut menyentuh isu-isu serantau. / Foto: Pejabat Perdana Menteri / Other

Pengukuhan kerjasama perdagangan dan pelaburan, serta perbincangan mengenai isu-isu serantau utama menjadi tumpuan pertemuan dua hala antara Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang pada pagi Selasa, lapor Bernama.

Pertemuan tertutup selama 15 minit itu turut menyentuh isu-isu serantau, dengan China menyatakan sokongan terhadap usaha perdamaian berhubung situasi sempadan Kemboja–Thailand serta krisis berterusan di Myanmar.

Kedua-dua pemimpin turut membincangkan pelbagai inisiatif bagi memperkukuh perdagangan dan pelaburan, khususnya dalam sektor automotif dan teknologi tinggi, termasuk pembangunan Automotive High-Tech Valley (AHTV) di Tanjung Malim.

Mesyuarat itu turut membincangkan projek sambungan infrastruktur seperti peluasan East Coast Rail Link (ECRL) dari Kota Bharu ke Rantau Panjang, serta kerjasama dalam bidang kritikal seperti unsur nadir bumi (REE), projek paip air Perak–Pulau Pinang dan industri halal.

Turut disentuh ialah kerjasama pelancongan, pertukaran pengetahuan antara rakyat, serta usaha meningkatkan hubungan udara dengan menarik lebih banyak penerbangan kargo dari China ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kedua-dua pemimpin turut menegaskan komitmen terhadap kerjasama industri semikonduktor dan menyokong inisiatif Asean Power Grid (APG) bagi memperkukuh tenaga mampan serantau.

Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia meraikan penyertaan China dalam memperkukuh APG, di samping menggalakkan syarikat teknologi utama China memperluas pelaburan dan operasi serantau di Malaysia.

Li Qiang turut menghadiri majlis menandatangani naik taraf ASEAN-China Free Trade Area (ACFTA 3.0) sebelum menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN–China ke-28 sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.

Cari Berita Lain
Malaysia-Jepun meterai empat Memorandum Kerjasama
Malaysia sasar peranan utama hab MRO Asia Pasifik susulan pelaburan RM267 juta Collins Aerospace
Malaysia kekalkan kuota minyak 2026 susulan keputusan OPEC+, fokus agenda RMK13
Pembangunan AI perlu ihsan, tidak gugat nilai kemanusiaan – PM Anwar
Kerajaan perkukuh operasi bersepadu, banteras warga asing salah guna pas lawatan
Gempa bumi Filipina: Sekurang-kurangnya 32 dikhuatiri maut, mangsa imbau detik cemas
PM Anwar dijangka saksi pemeteraian empat MoU strategik di Tokyo
Anwar lawat Jepun tiga hari, sasar perkasa kerjasama strategik komprehensif
Gempa 7.8 magnitud gegar selatan Filipina, tiga maut, amaran tsunami dikeluarkan
PM Anwar jamin sokongan berterusan bagi pelaburan berkualiti tinggi di Malaysia
Siasatan AS mungkin babit produk import negara ketiga, bukan kapasiti melampau Malaysia
Rundingan sempadan Malaysia-Indonesia kini di peringkat akhir, bakal muktamad Ogos ini
ASEAN perlu mempercepatkan grid serantau, hasilkan tenaga mampu milik
Pelaksanaan biodiesel B15 perkukuh keterjaminan tenaga negara
Tenaga nuklear dilihat sebagai solusi praktikal sokong RE, lonjakan permintaan pusat data
Krisis rantaian bekalan global: Malaysia, Indonesia perhalusi langkah strategik
Kabinet Thai lulus projek bersama Malaysia kurangkan risiko banjir di Lembangan Golok
Tiga sindiket penipuan antarabangsa ditumpaskan di Malaysia
PM Thai Anutin arah rundingan segera dengan Malaysia susulan sekatan import udang
Sindiket penipuan antarabangsa alih operasi ke Malaysia