ASIA
1 min membaca
PM Thai lawat Malaysia esok perkukuh kerjasama dua hala
Kementerian Luar Thailand memaklumkan Anutin dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim untuk membincangkan langkah mempertingkat kerjasama Thailand-Malaysia.
PM Thai lawat Malaysia esok perkukuh kerjasama dua hala
(FAIL) Perdana Menteri Thailand dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada Rabu, 26 November 2025. / Reuters

Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada Rabu, 26 November, bagi memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara, lapor Bernama.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Thailand memaklumkan bahawa Anutin dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim untuk membincangkan langkah mempertingkat kerjasama Thailand-Malaysia.

“Kedua-dua perdana menteri akan bertemu bagi memperdalam kerjasama, khususnya dalam pembangunan kawasan sempadan, keselamatan sempadan, kesalinghubungan pengangkutan, perdagangan dan pelaburan, pelancongan, keselamatan makanan serta industri masa depan,” kata kementerian itu pada Isnin.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa kedua-dua pemimpin akan membincangkan usaha memperkukuh keupayaan ASEAN dalam menangani cabaran global, susulan hasil Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-sidang Berkaitan yang berlangsung bulan lalu di Kuala Lumpur.

Cari Berita Lain
Malaysia semak pelabur baharu, pastikan jana pekerjaan dan manfaat ekonomi – PM Anwar
China puji pendirian Anwar berhubung prinsip satu China
Malaysia perkukuh kesiapsiagaan pertahanan hadapi ketidaktentuan geopolitik
Anwar pertahan kenyataan mengenai Taiwan susulan reaksi negatif
Polis hantar pasukan khas ke Islamabad siasat penahanan rakyat Malaysia disyaki scammer
Anwar mahu pertahanan Sabah diperkukuh, bimbang perluasan ketenteraan AS di Filipina
Pelan perkukuh kawalan pintu masuk Malaysia dibentang ke Kabinet esok
Anggota TLDM selamat susulan insiden latihan di Laut China Selatan
Malaysia sasar jadi negara paling terhubung di Asia Pasifik – Loke
Myanmar setuju bawa pulang 5,000 pelarian dari Malaysia naik kapal
Permintaan masakan Jepun pacu eksport ke Malaysia
Malaysia perluas fokus KL20 2026 kepada 8 sektor utama pertumbuhan 'startup'
Sembcorp Singapura dapat kelulusan import tenaga boleh baharu 300MW dari Malaysia
Malaysia lancar siasatan anti-lambakan import keluli dari China, Taiwan dan Vietnam
Myanmar, Bangladesh bincang sambung semula mesyuarat bilateral, projek paip gas dan kerjasama tenaga
Prospek Malaysia tergugat, skuad muda Thailand terus cemerlang di Kejohanan ASEAN
Seni bina keselamatan ASEAN perlu jadi teras penglibatan Indo-Pasifik: Khaled
Penganjuran F1 mampu jana aktiviti ekonomi Malaysia lebih RM1 bilion
Menteri Pertahanan Thai beri taklimat isu keselamatan sempadan kepada rakan sejawat Malaysia
Malaysia pertimbang semula keberadaan UNHCR jika enggan kerjasama, kata Menteri Luar