TÜRKİYE
2 min membaca
Turkiye kecam serangan terhadap Freedom Flotilla
Ankara mengutuk serangan ke atas kapal awam yang dikendalikan oleh Freedom Flotilla Coalition.
00:00
Turkiye kecam serangan terhadap Freedom Flotilla
Sebuah bot peronda Angkatan Tentera Malta turut dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima permintaan daripada kapal tunda, menurut kerajaan Malta. / AA / AA

Turkiye pada Jumaat mengecam serangan terhadap sebuah kapal awam milik Freedom Flotilla Coalition, kumpulan aktivitis yang berjuang untuk penduduk Gaza yang kini terkepung dan berada dalam kebuluran susulan sekatan bantuan selama dua bulan oleh Israel.

Ankara berkata serangan itu merupakan ancaman terhadap pelayaran serta keselamatan maritim di perairan antarabangsa.

Times of Malta mengesahkan sebuah pesawat Israel memasuki ruang udara Malta dan berada di situ selama kira-kira tiga jam sebelum kembali ke Israel.

Data penjejakan penerbangan menunjukkan pesawat itu berada di ruang udara pulau tersebut, kemudian melakukan beberapa pusingan pada ketinggian rendah — sekitar 5,000 kaki — di atas kawasan Hurd’s Bank, yang terletak di timur. Secara keseluruhan, pesawat itu berada di udara selama kira-kira tujuh jam sebelum pulang ke titik asal.

Sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang dalam perjalanan ke Gaza dengan 16 orang di atas kapal mengalami kerosakan akibat serangan dron awal hari yang sama. Mereka yang berada di atas kapal berjaya diselamatkan pasukan keselamatan Malta.

Serangan dron tersebut menyebabkan kapal berkenaan kehilangan kuasa dan berada dalam “risiko tinggi untuk karam,” menurut kenyataan Freedom Flotilla Coalition.

“Kira-kira jam 2.13 pagi (0013GMT), disahkan bahawa semua individu di atas kapal berada dalam keadaan selamat, namun kesemuanya enggan meninggalkan kapal,” menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa situasi mula terkawal sekitar jam 3.45 pagi (0145GMT).

Kapal tersebut, yang dinamakan Conscience, masih berada di perairan antarabangsa dan sedang dipantau pihak berkuasa, tambah kenyataan itu.

Walaupun tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, Freedom Flotilla Coalition mengeluarkan kenyataan yang menuding jari ke arah Israel.

“Israel sanggup mengebom kapal kemanusiaan demi mengekalkan dasar memaksa rakyat Palestin kelaparan sebagai taktik peperangan,” kata Dr Shahd Hammouri dari University of Kent, seperti yang dipetik dalam kenyataan itu.

Francesca Albanese, pelapor khas PBB bagi wilayah Palestin, berkata di platform X bahawa beliau menerima panggilan kecemasan daripada aktivis di atas kapal Freedom Flotilla.

“Saya menyeru pihak berkuasa berkaitan, termasuk pihak berkuasa maritim, untuk memberi sokongan kepada kapal dan anak kapalnya mengikut keperluan,” katanya.

Beliau turut menambah: “Saya percaya pihak berkuasa yang berkaitan akan menyiasat fakta kejadian dan mengambil tindakan yang sewajarnya.”

SUMBER: TRT World dan Agensi

Cari Berita Lain
Erdogan di PBB: Gaza ‘kem tahanan paling tidak berperikemanusiaan, paling memalukan’
Foto pilihan: Türkiye terangi mercu tanda negara, rai Perjanjian Pertahanan Bersama Mekah
Türkiye memperingati ulang tahun ke-10 cubaan rampasan kuasa
Landasan Kereta Api Hejaz baharu tawar alternatif kepada Hormuz
Türkiye selar fitnah tidak berasas ‘pakar genosid Netanyahu’ terhadap Presiden Erdogan
Menghubungkan Selat Bosphorus-Selat Melaka: Koridor kewangan, pengetahuan Türkiye dan Malaysia
Erdogan sambut Aidiladha dengan mesej solidariti untuk Gaza, bidas kezaliman Netanyahu
Fahami krisis kepimpinan CHP
Türkiye umum Formula 1 bakal kembali ke Istanbul Park pada 2027
Forum Diplomasi Antalya memperluas peranan diplomatik Türkiye, kata Fidan
Duran: Harapan masa depan dunia terletak pada seruan Türkiye
Israel guna keselamatan sebagai alasan untuk rampas 'lebih banyak tanah': Menteri Luar Türkiye Fidan
Presiden Erdogan sifatkan aturan global di ‘ambang berbahaya,’ seru diplomasi dan kestabilan
Forum Diplomasi Antalya 2026 bermula dengan kehadiran pemimpin global
The Daily Telegraph padam laporan palsu mengenai Erdogan
Pemimpin dunia berkumpul di Türkiye untuk Forum Diplomasi Antalya ke-5
Insiden tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul, 3 pengganas "dineutralkan" - Menteri Turki
‘Penentang kronik’: Mengapa peranan Türkiye dalam NATO buat Israel gelisah?
Türkiye tidak akan berdiam diri bila Israel campak seluruh rantau dalam kancah peperangan: Erdogan
Presiden Turkiye gesa perpaduan semasa Aidilfitri di tengah-tengah ketegangan Timur Tengah