ASIA
2 min membaca
Konflik sempadan Kemboja-Thailand: ujian besar bagi perpaduan ASEAN
Kejadian pertempuran bersenjata di sempadan Kemboja-Thailand yang berlarutan selama lima hari telah menimbulkan persoalan serius mengenai keberkesanan mekanisme penyelesaian konflik dalam kalangan negara anggota ASEAN.
Konflik sempadan Kemboja-Thailand: ujian besar bagi perpaduan ASEAN
Pertempuran di sempadan Kemboja-Thailand dilihat sebagai ujian besar terhadap kredibiliti pertubuhan ASEAN. / AP

Pertempuran di sempadan Kemboja-Thailand yang mengakibatkan lebih 40 kematian dan memaksa 300,000 penduduk awam meninggalkan kediaman mereka, dilihat sebagai ujian besar terhadap kredibiliti pertubuhan serantau itu di tengah meningkatnya ketegangan geopolitik global, menurut laporan media tempatan.  

Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan, dalam ucapannya di Forum ASEAN & Asia ke-17 yang berlangsung di Singapura, tidak menafikan hakikat bahawa insiden ini merupakan "langkah mundur yang besar" bagi ASEAN yang mempersoalkan isu kredibiliti berkenaan  pertubuhan ASEAN di rantau itu. 

Konflik sempadan ini berlaku pada waktu yang amat genting bagi ASEAN. Pertubuhan serantau itu sedang berdepan dengan krisis politik berlarutan di Myanmar, di mana junta tentera terus enggan melaksanakan pelan damai yang dipersetujui bersama. Pada masa yang sama, tekanan persaingan strategik antara Amerika Syarikat dan China, serta kecenderungan global ke arah dasar perdagangan yang lebih proteksionis, semakin menyukarkan kedudukan negara-negara anggota.  

Sebagai respons terhadap cabaran ini, ASEAN sedang mempergiat usaha untuk mengukuhkan integrasi ekonomi serantau. Salah satu langkah penting ialah proses menaik taraf Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) yang dijangka akan ditandatangani pada bulan Oktober ini. Selain itu, kerangka kerja baru mengenai ekonomi digital juga sedang digiatkan bagi memastikan negara-negara anggota tidak ketinggalan dalam arus transformasi digital global.  

Namun, kejadian di sempadan Kemboja-Thailand ini telah mendedahkan kelemahan struktur ASEAN dalam mencegah konflik sebelum ia meletus. Walaupun tindakan pantas Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini dalam memediasi gencatan senjata patut dipuji, banyak pihak mempersoalkan mengapa mekanisme pencegahan konflik yang sedia ada tidak berfungsi dengan efektif.  

Menurut Balakrishnan, ASEAN memerlukan pendekatan "multilateralisme yang lebih fleksibel" yang membolehkan negara-negara anggota yang lebih progresif untuk bergerak maju dalam pelbagai inisiatif tanpa perlu dikongkong oleh negara-negara yang enggan bekerjasama. Pendekatan ini dilihat penting bagi memastikan ASEAN tidak terus terkebelakang dalam menangani isu-isu kritikal serantau.  

Bagi negara kecil seperti Singapura, kelangsungan hidup dalam era geopolitik yang semakin mencabar ini memerlukan strategi tiga dimensi: reformasi institusi-institusi global, pengukuhan hubungan serantau melalui; dan ketiga, pembinaan ketahanan ekonomi domestik yang kukuh.  

Berkenaan hubungan Singapura dengan AS dan China, Balakrishnan menegaskan bahawa dasar luar negeri adalah untuk mengemudi lapangan di antara AS dan China yang bersesuaian dengan negara itu tanpa dipaksa oleh kedua-dua pihak.

Menteri Luar Singapura itu bercakap di sesi Forum ASEAN dan Asia yang ke-17 yang dihadiri oleh 300 warga diplomat, pakar akademik, dan ahli-ahli perniagaan yang diadakan di Singapura.

Cari Berita Lain
Gempa 7.8 magnitud gegar selatan Filipina, tiga maut, amaran tsunami dikeluarkan
PM Anwar jamin sokongan berterusan bagi pelaburan berkualiti tinggi di Malaysia
Siasatan AS mungkin babit produk import negara ketiga, bukan kapasiti melampau Malaysia
Rundingan sempadan Malaysia-Indonesia kini di peringkat akhir, bakal muktamad Ogos ini
ASEAN perlu mempercepatkan grid serantau, hasilkan tenaga mampu milik
Pelaksanaan biodiesel B15 perkukuh keterjaminan tenaga negara
Tenaga nuklear dilihat sebagai solusi praktikal sokong RE, lonjakan permintaan pusat data
Krisis rantaian bekalan global: Malaysia, Indonesia perhalusi langkah strategik
Kabinet Thai lulus projek bersama Malaysia kurangkan risiko banjir di Lembangan Golok
Tiga sindiket penipuan antarabangsa ditumpaskan di Malaysia
PM Thai Anutin arah rundingan segera dengan Malaysia susulan sekatan import udang
Sindiket penipuan antarabangsa alih operasi ke Malaysia
Malaysia-Tamil Nadu teroka kerjasama lebih erat pelihara arkib dan warisan
PM Anwar: Langkah tangani kos sara hidup dilaksana secara berperingkat
Malaysia sekat import siakap dan udang Thailand mulai hari ini
Kerajaan perkukuh rantaian bekalan, jamin peluang pekerjaan
Malaysia mula kuat kuasa sekatan umur media sosial, MyKad dan MyDigital ID jadi syarat wajib
Permintaan elektrik melonjak, Malaysia kurangkan arang batu dan tambah penggunaan gas
PM: Belanjawan 2027 mungkin dikurangkan, pendidikan tetap jadi keutamaan
Saham Asia meningkat, harga minyak kekal kukuh ketika dunia nantikan perkembangan rundingan Iran