TÜRKİYE
2 min membaca
Israel buat Gaza hancur berkecai, bagaimana ia boleh dianggap tidak bersalah: Erdogan
Presiden Türkiye Recep Tayyip Erdogan mengecam alat propaganda Israel yang dibina atas pembohongan yang turut mendedahkan kesan tragiknya ke atas wartawan di Gaza.
Israel buat Gaza hancur berkecai, bagaimana ia boleh dianggap tidak bersalah: Erdogan
"Israel menggunakan kelaparan sebagai senjata, khususnya terhadap kanak-kanak,” kata Erdogan. / AA

Presiden Türkiye Recep Tayyip Erdogan menyampaikan ucapan lantang di Forum TRT World 2025 pada Jumaat dengan mengecam pembunuhan beramai-ramai di Gaza oleh Israel, serta menegur kegagalan masyarakat antarabangsa dalam mempertahankan keadilan, keamanan dan moral.

Erdogan mempersoalkan naratif yang mempertahankan Israel dengan berkata:

“Israel memiliki senjata nuklear dan kemampuan menyerang Gaza pada bila-bila masa dan dengan cara apa sekalipun; bagaimana mungkin ia tidak bersalah?”

Erdogan menuduh Israel menggunakan kelaparan sebagai senjata, khususnya menyasarkan kanak-kanak di tengah-tengah salah satu krisis kemanusiaan paling buruk dalam sejarah moden.

“Israel menggunakan kelaparan sebagai senjata maut, terutama terhadap kanak-kanak,” katanya.

“Di Gaza, hampir tiada bangunan yang masih berdiri. Sekolah, gereja, masjid dan hospital semuanya dibom. Mereka berkata, ‘Israel tidak bersalah.’ Bagaimana boleh kata begitu?”

Beliau turut mengecam “alat propaganda Israel yang dibina atas pembohongan”, sambil menegaskan kesan tragik terhadap wartawan di lapangan.

“Berhadapan dengan alat propaganda Israel, seramai 270 wartawan yang cuba menzahirkan kebenaran dan mendedahkan pembohongan Tel Aviv telah terbunuh,” katanya sambil menekankan tanggungjawab moral media untuk berpihak kepada keadilan.

Pemimpin Türkiye itu mengkritik institusi global yang ditugaskan menjaga keamanan, menuduh mereka berdiam diri terhadap pembunuhan beramai-ramai dan gagal mencegah genosid itu.

“Mereka yang bertanggungjawab melindungi keamanan dunia telah gagal menghentikan pembunuhan, mencegah genosid, dan menyelamatkan nyawa kanak-kanak,” tegasnya.

Gencatan senjata Gaza

Menyentuh isu gencatan senjata yang rapuh di Gaza, Erdogan berkata Hamas telah menunjukkan komitmen mematuhi perjanjian, sambil menuduh Israel sengaja mencari alasan untuk melanggar gencatan dan menyambung serangan ganasnya.

“Semua orang tahu rekod buruk Israel apabila melibatkan janji yang dibuatnya,” tambah beliau.

Erdogan turut menyatakan keyakinan terhadap konflik Rusia-Ukraine, dengan berkata Türkiye percaya “jalan tengah akan segera ditemui” agar kedua-dua negara dapat “hidup berdampingan semula dalam keamanan.”

Mengulangi dasar luar Türkiye yang berprinsip, beliau berkata Ankara “mengecam sekeras-kerasnya kekejaman terhadap orang awam” di Al Fasher, Sudan, dan menggesa tindakan segera untuk menghentikan keganasan.

Forum TRT World ke-9 yang telah bermula di Istanbul menghimpunkan pemimpin, pemikir dan penggerak perubahan dari seluruh dunia bagi membincangkan bagaimana realiti global sedang berubah dalam era yang penuh dengan ketidaktentuan.

Bertemakan “The Global Reset: From the Old Order to New Realities”, acara dua hari itu meneliti bagaimana perubahan dalam ekonomi, teknologi, media dan undang-undang antarabangsa sedang mentakrif semula dunia yang kita diami.

Dianjurkan oleh penyiar awam Türkiye, TRT, forum tahunan ini berperanan sebagai wadah untuk membawa isu-isu yang jarang dibicarakan untuk perhatian umum, serta mempersolkan peranan media dalam membentuk naratif global.

SUMBER:TRT World & Agencies
Cari Berita Lain
Türkiye umum Formula 1 bakal kembali ke Istanbul Park pada 2027
Forum Diplomasi Antalya memperluas peranan diplomatik Türkiye, kata Fidan
Duran: Harapan masa depan dunia terletak pada seruan Türkiye
Israel guna keselamatan sebagai alasan untuk rampas 'lebih banyak tanah': Menteri Luar Türkiye Fidan
Presiden Erdogan sifatkan aturan global di ‘ambang berbahaya,’ seru diplomasi dan kestabilan
Forum Diplomasi Antalya 2026 bermula dengan kehadiran pemimpin global
The Daily Telegraph padam laporan palsu mengenai Erdogan
Pemimpin dunia berkumpul di Türkiye untuk Forum Diplomasi Antalya ke-5
Insiden tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul, 3 pengganas "dineutralkan" - Menteri Turki
‘Penentang kronik’: Mengapa peranan Türkiye dalam NATO buat Israel gelisah?
Türkiye tidak akan berdiam diri bila Israel campak seluruh rantau dalam kancah peperangan: Erdogan
Presiden Turkiye gesa perpaduan semasa Aidilfitri di tengah-tengah ketegangan Timur Tengah
Türkiye kecam rancangan jahat cetus perang saudara di Iran: Fidan
Sokongan NATO kepada Türkiye uji kesediaan pakatan itu semasa berdepan ketegangan Timur Tengah
12 Mac, hari memperingati lagu kebangsaan dan penyair nasional Türkiye, Mehmet Akif Ersoy
Türkiye sokong keamanan, mahu lihat gencatan senjata dalam perang Iran, kata Erdogan
Erdogan: Hentikan perang AS-Israel ke atas Iran sebelum ia merebak
Türkiye siap sedia sistem pertahanan Patriot lindungi ruang udara susulan perang Iran
Peluru berpandu balistik Iran dipintas dalam perjalanan ke Türkiye
Turkiye hantar enam F-16, sistem pertahanan ke Cyprus Utara susulan perang AS-Israel ke atas Iran