ASIA
2 min membaca
Vietnam: Angka kematian banjir cecah 40, Taufan Kalmaegi ancam wilayah tengah
Tahun ini, Kalmaegi menjadi ribut tropika ke-13 yang melanda negara itu, melebihi purata tahunan sebanyak 10.
Vietnam: Angka kematian banjir cecah 40, Taufan Kalmaegi ancam wilayah tengah
(FAIL) Dalam tempoh 24 jam, paras hujan mencecah 1.7 meter – rekod tertinggi dalam sejarah negara itu. / Reuters

Angka kematian akibat banjir besar dan hujan lebat luar biasa di Vietnam meningkat kepada sekurang-kurangnya 40 orang pada Selasa, ketika Taufan Kalmaegi dijangka membadai wilayah tengah yang sudah pun parah dilanda bencana.

Wilayah tengah Vietnam dibanjiri hujan lebat sehingga jalan raya bertukar menjadi sungai, di mana tebing sungai turut pecah dan tapak warisan bersejarah ditenggelami air.

Dalam tempoh 24 jam, paras hujan mencecah 1.7 meter – rekod tertinggi dalam sejarah negara itu.

Kematian dilaporkan di wilayah Hue, Da Nang, Lam Dong dan Quang Tri, menurut agensi pengurusan bencana di bawah Kementerian Alam Sekitar, yang turut memaklumkan enam lagi mangsa masih hilang.

Hampir 80,000 rumah terjejas manakala lebih 10,000 hektar tanaman musnah dan 68,000 ternakan dilaporkan mati.

Cuaca ekstrem dijangka berterusan apabila Taufan Kalmaegi diramal melanda pada awal pagi Jumaat dengan kelajuan angin mencecah 166 kilometer sejam.

Ribut itu kini melanda Filipina tengah, menyebabkan sekurang-kurangnya lima maut dan memaksa ratusan ribu penduduk berpindah.

“Penat sungguh,” kata Tran Thi Ky, 57, dari bandar Hoi An, di mana kawasan warisan dunia UNESCO itu kini dipenuhi air berlumpur pada para pinggang. “Kami sudah pindahkan semua perabot ke tempat tinggi, tapi semuanya tetap basah.”

Vietnam lazimnya berdepan hujan lebat antara Jun dan September, namun saintis mengaitkan perubahan iklim akibat aktiviti manusia sebagai punca peningkatan kejadian cuaca ekstrem.

Tahun ini, Kalmaegi menjadi ribut tropika ke-13 yang melanda negara itu, melebihi purata tahunan sebanyak 10.

SUMBER:AFP
Cari Berita Lain
Anwar pertahan kenyataan mengenai Taiwan susulan reaksi negatif
Polis hantar pasukan khas ke Islamabad siasat penahanan rakyat Malaysia disyaki scammer
Anwar mahu pertahanan Sabah diperkukuh, bimbang perluasan ketenteraan AS di Filipina
Pelan perkukuh kawalan pintu masuk Malaysia dibentang ke Kabinet esok
Anggota TLDM selamat susulan insiden latihan di Laut China Selatan
Malaysia sasar jadi negara paling terhubung di Asia Pasifik – Loke
Myanmar setuju bawa pulang 5,000 pelarian dari Malaysia naik kapal
Permintaan masakan Jepun pacu eksport ke Malaysia
Malaysia perluas fokus KL20 2026 kepada 8 sektor utama pertumbuhan 'startup'
Sembcorp Singapura dapat kelulusan import tenaga boleh baharu 300MW dari Malaysia
Malaysia lancar siasatan anti-lambakan import keluli dari China, Taiwan dan Vietnam
Myanmar, Bangladesh bincang sambung semula mesyuarat bilateral, projek paip gas dan kerjasama tenaga
Prospek Malaysia tergugat, skuad muda Thailand terus cemerlang di Kejohanan ASEAN
Seni bina keselamatan ASEAN perlu jadi teras penglibatan Indo-Pasifik: Khaled
Penganjuran F1 mampu jana aktiviti ekonomi Malaysia lebih RM1 bilion
Menteri Pertahanan Thai beri taklimat isu keselamatan sempadan kepada rakan sejawat Malaysia
Malaysia pertimbang semula keberadaan UNHCR jika enggan kerjasama, kata Menteri Luar
PM gesa pendekatan dakwah lebih bijak, berteraskan teknologi
Zon ekonomi sempadan Malaysia-Thailand pacu perdagangan, jimat kos logistik
ASEAN pertimbang penanda aras baharu, utusan khas jangka panjang pulihkan pelan damai Myanmar