DUNIA
2 min membaca
Lima rakyat Malaysia ditahan cuba masuk Mekah tanpa permit Haji
Tindakan undang-undang telah dimulakan terhadap kesemua individu di Arab Saudi, sementara Malaysia sedang menunggu hasil siasatan rasmi daripada pihak berkuasa.
Lima rakyat Malaysia ditahan cuba masuk Mekah tanpa permit Haji
Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menegaskan mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan musim haji 2026 bakal berdepan hukuman berat. (FAIL) / Reuters

Lima warga Malaysia ditahan oleh pasukan keselamatan haji Arab Saudi selepas dikesan cuba memasuki kota suci itu melalui jalan tidak berturap dan kawasan lembah tanpa permit haji yang sah.

Tindakan undang-undang telah dimulakan terhadap kesemua individu, menurut laporan portal berita Saudi Gazette yang memetik kenyataan Direktorat Jeneral Mujahideen.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menegaskan mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan musim haji 2026 (1447H) bakal berdepan hukuman berat.

Dalam operasi berasingan di pintu masuk Mekah, pihak berkuasa turut menahan empat ekspatriat dan tiga warga Saudi kerana membawa 13 jemaah tanpa permit.

Tindakan tegas menanti pesalah termasuk denda sehingga SR100,000, hukuman penjara, serta penyiaran nama pelaku dalam media tempatan atas kos sendiri.

Susulan insiden berkenaan, kerajaan Malaysia kini sedang menunggu hasil siasatan rasmi daripada pihak berkuasa Arab Saudi bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai penahanan lima warganegara tersebut, menurut laporan BERNAMA.

"Kita masih menunggu siasatan berkenaan," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan secara ringkas kepada BERNAMA ketika ditemui selepas menghadiri Simposium Perdana Haji 2026 di Jeddah.

Pihak berkuasa Arab Saudi sekali lagi mengingatkan para jemaah dan rakyatnya untuk sentiasa mematuhi segala peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.

Langkah tersebut penting bagi memastikan kelancaran, keselamatan, serta keselesaan keseluruhan operasi haji pada tahun ini.

Cari Berita Lain
Revolusi AI: Malaysia kekal komited pacu masa depan kerja berpaksikan nilai kemanusiaan
Tinjauan global: Majoriti penduduk di 36 negara berpandangan negatif terhadap Israel
Raih 184 undi, Malaysia dipilih sebagai ahli Majlis Ekonomi dan Sosial PBB
Tarif AS belum muktamad: Rundingan masih berjalan, kata Johari
Malaysia cari alternatif peluru berpandu, mahu Norway segera pulang wang tuntutan
Malaysia kutuk pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh penduduk haram Zionis
AS pertimbang jual sistem peluru berpandu kepada Malaysia
Norway batal kontrak peluru berpandu: Malaysia kesal komuniti antarabangsa membisu
DOJ rampas kondominium mewah dibeli guna dana 1MDB untuk pembantu Jho Low
Jutaan umat Islam berkumpul di Arafah tunai ibadah Haji
Anwar gesa penyelesaian damai di Timur Tengah, kecam serangan rejim Zionis
Anwar: Malaysia sedia sokong usaha damai susulan perkembangan rundingan AS-Iran
Malaysia gesa perjanjian rangka kerja inklusif jamin laluan selamat di Selat Hormuz
Skandal 1MDB: Goldman Sachs setuju bayar AS$500 juta selesai saman pemegang saham
Malaysia intai sistem peluru berpandu Korea Selatan susulan pembatalan perjanjian Norway - laporan
Kajian: Malaysia negara ke-7 paling dipercayai di dunia
Malaysia beri peringatan kepada negara serantau mengenai perjanjian pertahanan dengan Norway
Malaysia tuntut RM1 bilion daripada syarikat Norway susulan pembatalan perjanjian peluru berpandu
Mindef tubuh tiga jawatankuasa selepas Norway batal lesen eksport peluru berpandu
Bukan isu: Malaysia tidak akan sokong rayuan pengampunan Jho Low, kata Anwar