9 jam yang lepas
Perdana Menteri Britain, Keir Starmer pada Rabu menggesa agar seorang ahli politik kanan konservatif dipecat susulan kenyataan yang menyifatkan solat yang dihadiri Datuk Bandar London, Sadiq Khan bersama sekumpulan umat Islam di Dataran Trafalgar sebagai "tindakan untuk mendominasi."
"Ramai yang terlalu sopan untuk menyatakan hal ini. Tetapi solat secara beramai-ramai di tempat awam adalah satu tindakan untuk mendominasi. Tindakan mendominasi di tempat awam adalah strategi daripada buku panduan Islamis," tulis Ahli Parlimen Konservatif, Nick Timothy di laman X.
Semasa berucap di Parlimen, Starmer menegaskan Parti Konservatif "mempunyai masalah dengan umat Islam" dan hanya mengecam acara keagamaan awam apabila ia dianjurkan oleh umat Islam.
