Anak kapal warga Thai terperangkap dalam kapal disasar Iran
00:14
Dunia
Anak kapal warga Thai terperangkap dalam kapal disasar Iran
Kapal Thailand itu diserang pada pagi Rabu ketika sedang melalui laluan air Teluk selepas bertolak dari pelabuhan Khalifa di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
13 Mac 2026

Rakaman yang dikongsi oleh sebuah laman Facebook perkapalan komersial menunjukkan detik kapal kargo Thailand, Mayuree Naree, diserang Iran di Selat Hormuz.

Tiga anak kapal dipercayai masih terperangkap di dalam kapal tersebut, menurut pemilik kapal berkenaan.

Pengawal Revolusi Iran pada Rabu berkata mereka telah menyerang kapal berdaftar Thailand, Mayuree Naree, serta sebuah kapal yang membawa bendera Liberia di selat tersebut kerana kapal-kapal itu dikatakan telah mengabaikan "amaran".

Kapal Thailand itu diserang pada pagi Rabu ketika sedang melalui laluan air Teluk tersebut selepas bertolak dari pelabuhan Khalifa di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dua tembakan merosakkan bilik enjin Mayuree Naree dan menyebabkan kebakaran, menurut kenyataan syarikat pengangkutan Thailand, Precious Shipping, pada petang Rabu.

"Tiga anak kapal dilaporkan hilang dan dipercayai terperangkap di dalam bilik enjin," lapor kenyataan itu, sambil menambah bahawa pihak berkuasa sedang berusaha untuk menyelamatkan mereka.

"Malangnya, keadaan masih tidak berubah," kata pengarah urusan firma itu, Khalid Hashim, kepada AFP pada Khamis.

"Kami masih belum dapat menghantar sesiapa untuk menaiki kapal kami, walaupun kebakaran telah berjaya dipadamkan," kata Hashim menerusi e-mel. "Kami sedang mencuba pelbagai kaedah lain untuk menaiki kapal tersebut."

Tentera laut Oman telah menyelamatkan 20 orang anak kapal tersebut pada Rabu, menurut tentera laut Thailand.

Kementerian Luar Thailand pula mengesahkan kesemua 23 anak kapal adalah warganegara Thailand.

Kesemua kapal Thailand telah meninggalkan Selat Hormuz dan Bangkok telah "memprotes tindakan keganasan yang dilakukan terhadap kapal-kapal komersial", kata timbalan jurucakap kementerian, Panidol Patchimsawat, kepada pemberita pada Khamis.

"Kami sedang dalam misi untuk mencari tiga mangsa yang hilang itu," tambahnya.

Video lain
Serangan Israel di Gaza sasar khemah pelarian Palestin pada tengah malam
Tradisi Ramadan Uthmaniyyah
Senator AS ‘marah’ susulan taklimat sulit tentang Iran
Enam maut susulan tanah runtuh di tapak pelupusan sampah Indonesia
Lelaki Yahudi berlakon konon diserang penunjuk perasaan pro-Palestin
Api marak di jalan raya Tehran susulan serangan depot minyak
Iran “tunggu” serangan darat AS
Bulan Sabit Merah Iran kongsi video antara 300+ kanak-kanak cedera dalam serangan AS-Israel
Sekolah di Iran rosak susulan serangan AS-Israel ke atas Tehran
Kebakaran depot minyak UAE masuk hari kedua