Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa kawasan hingga 3 ptg 20 Nov
MetMalaysia berkata amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda pembentukan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm sejam, yang sedang atau berpotensi berterusan melebihi satu jam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sabah sehingga jam 3:00 petang, Khamis (20 Nov).
Menurut kenyataan MetMalaysia, kawasan terlibat di Selangor ialah Kuala Langat dan Sepang, sementara Wilayah Persekutuan Putrajaya turut berada dalam kategori amaran sama.
Di Negeri Sembilan, kawasan Seremban dan Port Dickson dijangka mengalami cuaca buruk, manakala di Sabah, amaran meliputi Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau, Kudat serta kawasan Sandakan termasuk Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan.
MetMalaysia berkata amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda pembentukan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm sejam, yang sedang atau berpotensi berterusan melebihi satu jam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang berkuat kuasa tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” katanya.
Amaran tersebut dikeluarkan pada 12:30 tengah hari, 19 November 2025.