ASIA
2 min membaca
Malaysia perlu pastikan Sidang Kemuncak ASEAN hasilkan impak nyata – Anwar
Anwar berkata, Malaysia perlu memperkukuh perpaduan serantau serta memastikan manfaat dapat dirasai oleh semua negara anggota dan rakan dialog yang terlibat
Malaysia perlu pastikan Sidang Kemuncak ASEAN hasilkan impak nyata – Anwar
Anwar meninjau persiapan lokasi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang akan berlangsung minggu depan. / Other

Malaysia sebagai Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 minggu depan perlu memastikan setiap perbincangan memberi impak yang nyata kepada rantau ini, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, Malaysia perlu memperkukuh perpaduan serantau serta memastikan manfaat dapat dirasai oleh semua negara anggota dan rakan dialog yang terlibat dalam Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Sebagai Pengerusi, kita harus memastikan setiap perbincangan yang berlangsung memberi impak nyata, memperkukuh kesepaduan serantau dan membawa manfaat kepada seluruh negara anggota serta rakan-rakan dialog yang terlibat.

“Saya juga telah mengarahkan seluruh jentera kerajaan dan agensi berkaitan untuk melaksanakan persiapan terbaik dengan ketelitian dan komitmen tertinggi. Terima kasih saya ucapkan kepada semua petugas yang bertungkus-lumus dalam memastikan segala urusan persiapan ini berjalan lancar.” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Anwar turut berkongsi beberapa gambar lawatannya ke KLCC pada Isnin bagi meninjau persiapan sidang kemuncak berkenaan, ditemani Menteri Luar Mohamad Hasan, Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dari 26 hingga 28 Oktober ini merupakan kemuncak kepada Pengerusian Malaysia bagi ASEAN 2025 bertemakan Inclusion and Sustainability.

Sidang ini bakal menghimpunkan semua ketua negara anggota ASEAN, rakan dialog dan tetamu jemputan, dengan Anwar sebelum ini menyatakan bahawa ia dijangka menjadi antara sidang kemuncak terbesar dalam sejarah blok serantau itu.

SUMBER:TRT Global
Cari Berita Lain
Malaysia-Jepun meterai empat Memorandum Kerjasama
Malaysia sasar peranan utama hab MRO Asia Pasifik susulan pelaburan RM267 juta Collins Aerospace
Malaysia kekalkan kuota minyak 2026 susulan keputusan OPEC+, fokus agenda RMK13
Pembangunan AI perlu ihsan, tidak gugat nilai kemanusiaan – PM Anwar
Kerajaan perkukuh operasi bersepadu, banteras warga asing salah guna pas lawatan
Gempa bumi Filipina: Sekurang-kurangnya 32 dikhuatiri maut, mangsa imbau detik cemas
PM Anwar dijangka saksi pemeteraian empat MoU strategik di Tokyo
Anwar lawat Jepun tiga hari, sasar perkasa kerjasama strategik komprehensif
Gempa 7.8 magnitud gegar selatan Filipina, tiga maut, amaran tsunami dikeluarkan
PM Anwar jamin sokongan berterusan bagi pelaburan berkualiti tinggi di Malaysia
Siasatan AS mungkin babit produk import negara ketiga, bukan kapasiti melampau Malaysia
Rundingan sempadan Malaysia-Indonesia kini di peringkat akhir, bakal muktamad Ogos ini
ASEAN perlu mempercepatkan grid serantau, hasilkan tenaga mampu milik
Pelaksanaan biodiesel B15 perkukuh keterjaminan tenaga negara
Tenaga nuklear dilihat sebagai solusi praktikal sokong RE, lonjakan permintaan pusat data
Krisis rantaian bekalan global: Malaysia, Indonesia perhalusi langkah strategik
Kabinet Thai lulus projek bersama Malaysia kurangkan risiko banjir di Lembangan Golok
Tiga sindiket penipuan antarabangsa ditumpaskan di Malaysia
PM Thai Anutin arah rundingan segera dengan Malaysia susulan sekatan import udang
Sindiket penipuan antarabangsa alih operasi ke Malaysia