ASIA
1 min membaca
MetMalaysia keluarkan amaran hujan tahap buruk di beberapa kawasan Sarawak
Sementara itu, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan Klang, Kuala Langat dan Sepang, serta Port Dickson di Negeri Sembilan sehingga 4 petang pada Isnin.
MetMalaysia keluarkan amaran hujan tahap buruk di beberapa kawasan Sarawak
Tahap buruk itu melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong, menurut kenyataan MetMalaysia di Facebook. / Other
19 minit yang lepas

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk bagi beberapa kawasan di Sarawak, yang dijangka berlanjutan sehingga Selasa, 9 Disember.

Tahap buruk itu melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong, menurut kenyataan MetMalaysia di Facebook.

Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan untuk Sri Aman (Lubok Antu), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu serta Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

Sementara itu, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan Klang, Kuala Langat dan Sepang, serta Port Dickson di Negeri Sembilan sehingga 4 petang pada Isnin.

Untuk Sarawak, beberapa kawasan dijangka terkesan adalah Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Limbang, manakala di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), selain Wilayah Persekutuan Labuan.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh mendapatkan perkembangan cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau platform media sosial jabatan berkenaan. Pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui talian hotline 1-300-22-1638.

SUMBER:TRT Global