BISNES & TEKNOLOGI
2 min membaca
Iran tarik balik larangan import model iPhone baharu
Larangan model iPhone baharu telah berkuatkuasa sejak 2023, tetapi kini menteri telekomunikasi Iran berkata pihak berkuasa akan membenarkan pendaftaran model-model baharu.
00:00
Iran tarik balik larangan import model iPhone baharu
Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei pada tahun 2020 dengan tegas mengkritik import iPhone. / Foto: AP Archive / AP

Rakyat Iran tidak lama lagi boleh memiliki iPhone 14, 15, dan 16 selepas pihak berkuasa menarik balik larangan terhadap model telefon pintar Apple, iaitu syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS).

Larangan model-model iPhone yang baharu telah berkuatkuasa sejak 2023, tetapi menteri telekomunikasi Iran berkata pada Rabu bahawa pihak berkuasa akan membenarkan pendaftaran model-model baharu.

Menteri Satar Hashemi menerangkan dalam platform media sosial X bahawa masalah mendaftar model iPhone baru dalam pasar Iran telah “diselesaikan” dan Presiden Masoud Pezeshkian menyokong usaha kementerian komunikasi untuk mencapai matlamat tersebut.

Hashemi tidak memberi penerangan yang lebar tetapi menyatakan bahawa langkah pengimportan akan diumumkan tidak lama lagi.

Sejurus dengan larangan 2023, model iPhone 13 dan yang sebelumnya masih boleh diimport ditengah-tengah permintaan tinggi untuk suatu barang yang merupakan simbol status untuk ramai anak muda Iran.

Pada waktu larangan, sebarang model iPhone 14, 15 dan model terbaharu yang dibawa ke dalam Iran akan berhenti berfungsi selepas sebulan apabila menggunakan rangkaian komunikasi milik kerajaan Iran. Durasi tersebut sejajar dengan tempoh yang dibenarkan untuk pelancong mengunjungi Iran.

‘Produk Mewah’

Larangan tersebut menggiatkan ekonomi selari untuk telefon bimbit model lama yang walaupun dijual pada harga yang sangat tinggi tetap menjadi tarikan untuk rakyat Iran yang mahu membelanjakan matawang mereka yang menyusutnilai kepada komoditi fizikal. Ini adalah tanda kemelesetan ekonomi yang dialami oleh Iran selepas berdekad lamanya dibawah sekatan dunia barat.

Pengimportan iPhone merupakan satu isu yang boleh membangkitkan perbalahan. Statistik kerajaan menunjukkan sebelum dikenakan sekatan, satu pertiga pasaran import telefon bimbit Iran yang bernilai $4.4 billion adalah dari model iPhone.

Pemerintah Tertinggi Iran, Ayatollah Khamenei pada tahun 2020 telah mengkritik pengimportan iPhone. Sebelum ini beliau pernah menghentam apa yang digelarnya sebagai produk mewah Amerika Syarikat.

“Pengimportan yang berlebihan adalah sesuatu yang merbahaya,” kata Khamenei di transkrip laman sesawang rasmi beliau. “Ada kalanya pengimportan tersebut adalah barang mewah yang memang tiada keperluan. Saya telah mendengar bahawa setengah bilion dolar telah dibelanjakan untuk mengimport sejenis telefon bimbit Amerika Syarikat yang mewah.”

Walaubagaimanapun, jenis telefon bimbit seperti keluaran Motorola, Samsung, Nokia, Xiaomi dan Huawei tetap berleluasa di Iran.