16 jam yang lepas
Lima kawasan di Kedah kini berada pada tahap berjaga-jaga (Tahap 1) susulan cuaca panas di Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Pokok Sena, Pendang, Baling, Padang Terap dan Kulim.
Menurut agensi itu, Tahap 1 ditakrifkan sebagai suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Makluman tersebut dimuat naik menerusi hantaran Facebook rasmi MetMalaysia pada Rabu.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian melalui laman sesawang rasmi MetMalaysia di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.
SUMBER:TRT Global












