Bapa veteran Marin AS dipukul, ditahan ICE
00:36
Dunia
Bapa veteran Marin AS dipukul, ditahan ICE
Menurut laporan MSNBC, bapa Barranco “ditahan dalam sangkar bersama 70 yang lain yang hanya mempunyai satu tandas tanpa privasi,” selain menerima air sekali sehari sahaja dengan makanan yang sangat sedikit.

Veteran Marin Amerika Syarikat Alejandro Barranco menyaksikan sendiri pegawai Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam (ICE) memukul bapanya, Narciso Barranco, hingga jatuh sebelum menangkapnya kerana berada di Amerika Syarikat tanpa kebenaran sah.

Dalam temu bual bersama MSNBC, Barranco berkata sekiranya beliau melakukan kekerasan sebegitu terhadap tahanan semasa berkhidmat sebagai anggota Marin, ia akan dianggap sebagai “jenayah perang.”

Beliau berkata bapanya telah menetap di AS selama beberapa dekad dan kini dipaksa hidup dalam keadaan yang kejam di pusat tahanan. Menurut laporan MSNBC, bapa Barranco “ditahan dalam sangkar bersama 70 yang lain yang hanya mempunyai satu tandas tanpa privasi,” selain menerima air sekali sehari sahaja dengan makanan yang sangat sedikit.

Video lain
Ketua Menteri di India tarik hijab seorang doktor wanita
Israel bunuh lima rakyat Palestin di Bandar Gaza
Pelampau rasis serang masjid di Perancis
Jalan runtuh di Serbia susulan hujan lebat
Lelaki pandu lori lawan arus sejauh 150km
Puluhan maut susulan Taufan Ditwah di Sri Lanka
Israel bunuh dua rakyat Palestin di Jenin
Penduduk haram Israel curi keldai milik keluarga Palestin
Mangsa banjir di Perlis terus bertambah
15,000 penduduk terpaksa berpindah susulan banjir