Tidak lama selepas Qatar menutup ruang udaranya, Iran melancarkan enam peluru berpandu ke Pangkalan Udara Al Udeid milik AS, dengan letupan kedengaran di ruang udara Doha.
Agensi berita Iran, Tasnim melaporkan operasi itu, yang dinamakan ‘Perutusan Kemenangan’, menyasarkan pangkalan AS di Iraq dan Qatar, menurut Reuters.
