9 Oktober 2025
Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama ribuan rakyat Malaysia membanjiri Axiata Arena, Bukit Jalil pada Rabu, 8 Oktober 2025, bagi menyertai ‘Himpunan Solidariti Bersama Gaza: Gelombang Malaysia, Palestin Merdeka’ yang diadakan untuk menyatakan sokongan Malaysia kepada rakyat Palestin.
Laungan "Bebas Palestin” dan "Free Palestin” turut bergema semasa himpunan yang diadakan bagi meraikan kepulangan wira kemanusiaan misi Global Sumud Flotilla yang ditahan rejim Zionis sebelum dibebaskan dan selamat pulang ke tanah air pada Isnin.
