Selepas hampir tiga bulan kebuluran disebabkan sekatan bantuan oleh Israel, “orang ramai yang dalam kelaparan” menyerbu sebuah gudang PBB di Gaza, menurut Program Makanan Sedunia (WFP).
Beberapa das tembakan kedengaran dan PBB melaporkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh.
“Orang ramai yang dalam kelaparan menyerbu gudang Al-Ghafari milik WFP di Deir Al-Balah, Gaza, untuk mencari bekalan makanan yang telah disediakan untuk agihan,” kata pejabat WFP Timur Tengah dalam satu kenyataan di X. “Laporan awal menunjukkan dua orang maut dan beberapa lagi cedera dalam insiden tragik ini.”
Agensi PBB itu menggesa agar bantuan makanan ditambah dengan segera “bagi meyakinkan orang ramai bahawa mereka tidak akan mati kelaparan.”
Utusan PBB ke Timur Tengah Sigrid Kaag memberitahu Majlis Keselamatan bahawa jumlah bantuan yang dibenarkan masuk oleh Israel setakat ini “umpama bot penyelamat selepas kapal karam” sementara Gaza terus berdepan risiko kebuluran.
