Menteri Penerangan Pakistan, Attaullah Tarar, menyatakan bahawa India akan berhadapan dengan "tindak balas yang sangat keras" dari Pakistan, selepas India melancarkan misil ke wilayah yang dikawal Pakistan di beberapa lokasi awal pagi hari Rabu, mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang termasuk seorang kanak-kanak, menurut pihak berkuasa Pakistan.
"Berkenaan dengan situasi terkini, kami sedang bertindak balas. Berdasarkan laporan awal, kami telah menembak jatuh dua pesawat India dan jelas sekali India menceroboh dan mencetus provokasi," kata Tarar kepada penyiar British, Sky News.
Misil India menghentam lokasi di Kashmir yang di bawah pentadbiran Pakistan serta wilayah Punjab di timur negara itu. Salah satu serangan menyasar sebuah masjid di bandar Bahawalpur, Punjab, mengakibatkan seorang kanak-kanak terbunuh manakala seorang wanita dan lelaki cedera.
