5 jam yang lepas
Serangan Israel yang menyasarkan kem pelarian Al-Ansar pada Rabu, 11 Mac menyebabkan khemah-khemah pelarian Palestin terbakar semasa mereka sedang tidur pada waktu tengah malam.
Pasukan pertahanan awam dilaporkan tiba di lokasi kejadian dengan segera dan menjalankan usaha memadam kebakaran.
Pengarah Perkhidmatan Kesihatan dan Unit Ambulans Kecemasan, Faris Afane, berkata Israel terus melanggar gencatan senjata pada setiap hari dengan menyasarkan orang awam di kem-kem pelarian. Tambahnya, serangan itu turut menyasarkan kenderaan pasukan pertahanan awam, sehingga menyebabkan mereka kini kekurangan aset.
