1 Disember 2025
Tindakan seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis dengan memandu secara melawan arus sejauh 150 kilometer mengundang padah apabila dia ditahan di Taman Bunga Raja Bukit Beruntung, Hulu Selangor, awal pagi Ahad, 30 November 2025. Menurut pihak polis, suspek mempunyai dua rekod lampau dadah dan satu jenayah, selain ujian air kencingnya positif dadah jenis syabu.
