Misi GSF: Malaysia akan buat bantahan keras jika Israel halang kapal
02:02
Misi GSF: Malaysia akan buat bantahan keras jika Israel halang kapal
Anwar berkata usaha diplomatik dengan kuasa-kuasa dunia termasuk negara Barat, Arab serta Amerika Syarikat akan dipergiat bagi memperkukuh suara rakyat Palestin.
1 Oktober 2025

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan mengemukakan bantahan keras sekiranya kapal bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang menuju ke Gaza dihalang atau dirampas oleh Israel.

Bercakap selepas melawat Command Centre Sumud Nusantara (SNCC) pada Selasa, Anwar berkata usaha diplomatik dengan kuasa-kuasa dunia termasuk negara Barat, Arab serta Amerika Syarikat akan dipergiat bagi memperkukuh suara rakyat Palestin.

Beliau turut menyuarakan harapan agar pertemuannya dengan Presiden AS Donald Trump semasa Sidang Kemuncak Asean ke-47 pada Oktober nanti dapat membantu mempercepatkan usaha menamatkan konflik di Gaza.

Video lain
Ketua Menteri di India tarik hijab seorang doktor wanita
Israel bunuh lima rakyat Palestin di Bandar Gaza
Pelampau rasis serang masjid di Perancis
Jalan runtuh di Serbia susulan hujan lebat
Lelaki pandu lori lawan arus sejauh 150km
Puluhan maut susulan Taufan Ditwah di Sri Lanka
Israel bunuh dua rakyat Palestin di Jenin
Penduduk haram Israel curi keldai milik keluarga Palestin
Mangsa banjir di Perlis terus bertambah
15,000 penduduk terpaksa berpindah susulan banjir