Thiago, Saif jadi mangsa seksaan Israel
01:35
Thiago, Saif jadi mangsa seksaan Israel

Sebuah mahkamah Israel pada Selasa melanjutkan tempoh tahanan dua aktivis asing yang menyertai flotila bantuan ke Gaza selama enam hari lagi, menurut peguam yang mewakili mereka.

Warga Sepanyol, Saif Abu Keshek dan warga Brazil, Thiago Avila hadir di mahkamah di bandar selatan Ashkelon bagi pendengaran kedua, selepas dibawa ke Israel untuk disoal siasat pada minggu lalu.

Wakil Avila dan Abu Keshek menuduh pihak berkuasa Israel mendera kedua-dua lelaki itu, yang kini telah melancarkan mogok lapar sejak enam hari lalu. Abu Salih berkata kedua-dua aktivis tersebut berdepan "seksaan psikologi" sepanjang berada dalam tahanan.

"Mereka ditahan di dalam sel berasingan yang kecil dengan lampu berintensiti tinggi yang dipasang 24 jam sehari," kata Lubna Tuma, seorang peguam Pusat Perundangan Adalah yang melawat kedua-dua aktivis tersebut di penjara. "Pegawai penyiasat secara jelas mengancam nyawa Thiago Avila dan mengeluarkan ugutan terhadap keluarganya," lapor kenyataan Global Sumud Flotilla.

"Ibu Thiago telah meninggal dunia pagi ini, Selasa, 5 Mei di Brasília, ketika anak lelakinya masih berada dalam penjara Israel, dinafikan hak asasi manusia yang paling asas: peluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada ibunya," tambah Global Sumud Flotilla.

Video lain
Wanita ditemui selamat bawah runtuhan gempa bumi
Penduduk haram Israel serang pemandu penghantar barang warga Palestin
Tentera Israel tahan kanak-kanak Palestin
Rakyat Israel anjur sesi yoga besar-besaran untuk pulih daripada PTSD akibat melakukan genosid
Serangan Israel ke atas kereta di Bandar Gaza
Penduduk haram Israel lakukan ritual Talmud di Al-Aqsa
PM ke Jepun, perkukuh hubungan dan teroka peluang baharu
Gempa bumi kuat melanda selatan Filipina
Fail Peter Mandelson dedahkan kaitan dengan Israel dan Palantir
Ahli Majlis NYC kongsi video anti-Muslim