Sebaik tiba di Amerika Syarikat, menteri sayap kanan Israel Itamar Ben-Gvir dikecam oleh kumpulan aktivis warga Israel iaitu UnXeptable kerana menolak perjanjian tebusan dan gencatan senjata di Gaza.
Dalam satu hantaran di X, kumpulan itu berkata: “Bekas pengganas ini rasa bangga telah gagalkan perjanjian gencatan senjata Gaza yang boleh selamatkan tebusan kita. Kami akan kejar dia sampai ke hujung dunia — ke Miami, New York dan Washington, DC. Keganasan dan rasisme Ben-Gvir sudah melampaui batas.”
