Lori bantuan masuk ke Gaza melalui lintasan Rafah
00:33
Lori bantuan masuk ke Gaza melalui lintasan Rafah

Beberapa lori bantuan mula memasuki Gaza melalui lintasan Rafah selepas ditutup hampir dua tahun.

Lintasan Rafah di Gaza yang menghubungkan wilayah itu dengan Mesir mula dibuka semula pada 1 Februari, di mana sebilangan kecil rakyat Palestin dibenarkan keluar dari kawasan yang musnah akibat perang itu di bawah fasa awal gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat.

Kebanyakan individu yang dijangka dibenarkan keluar adalah rakyat Palestin yang sakit dan cedera serta memerlukan rawatan perubatan di luar negara. Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan terdapat 20,000 pesakit yang sedang menunggu untuk meninggalkan Gaza.

Pembukaan semula lintasan itu juga akan membolehkan penduduk yang meninggalkan Gaza semasa perang pulang ke kediaman masing-masing, susulan penyelarasan dengan Mesir dan selepas mendapat kelulusan Israel.

Video lain
Penduduk haram Israel lakukan ritual Talmud di Al-Aqsa
PM ke Jepun, perkukuh hubungan dan teroka peluang baharu
Gempa bumi kuat melanda selatan Filipina
Fail Peter Mandelson dedahkan kaitan dengan Israel dan Palantir
Ahli Majlis NYC kongsi video anti-Muslim
Aktivis Global Sumud Flotilla 2.0 selamat pulang ke Malaysia
Aktivis Global Sumud Flotilla yang ditahan Israel tiba di Istanbul
Polis New York tangkap lelaki guna pisau ugut empat Muslim
Aktivis Sumud Flotilla didera dalam tahanan Israel
Ketua Pengarah WHO petik slogan ‘Malaysia Boleh’ semasa Perhimpunan Kesihatan Sedunia