Pasukan Bulan Sabit Merah Iran berjaya menyelamatkan seorang penduduk yang masih hidup daripada celah runtuhan bangunan di Tehran, ketika Amerika Syarikat dan Israel meneruskan serangan ke atas bandar-bandar di Iran.
Empat buah pangsapuri musnah sepenuhnya di Urmia, dalam wilayah Azerbaijan Barat, Iran, di mana terdapat beberapa kematian dilaporkan.
Menurut Kementerian Kesihatan Iran, angka korban akibat serangan AS-Israel kini mencecah lebih 1,900 orang sejak mereka melancarkan perang ke atas Iran pada 28 Februari lalu.
