Fokus Hari Ini | 30 September
00:00
00:0000:00
Dunia
Fokus Hari Ini | 30 September
Maduro tandatangani titah yang memberi kuasa keselamatan jika ada campur tangan tentera susulan ketegangan dengan AS. Konsortium Saudi beli gergasi permainan video, FIFA, sebanyak $55 bilion.
30 September 2025

Maduro tandatangani titah beri kuasa keselamatan jika ada campur tangan tentera susulan ketegangan dengan AS

Presiden Venezuela Nicolas Maduro menandatangani titah yang memberikannya kuasa keselamatan sekiranya berlaku pencerobohan tentera, kata Naib Presiden Delcy Rodriguez pada Isnin. Titah itu membolehkan Maduro menggerakkan angkatan bersenjata di seluruh negara dan memberikan kuasa tentera ke atas perkhidmatan awam dan industri minyak. Rodriguez memberitahu ahli diplomat bahawa titah itu telah ditandatangani, beberapa hari selepas Maduro berkata beliau akan mengemukakannya untuk pertimbangan. Tarikh kuat kuasa perintah itu tidak didedahkan.

Ahli Parti Buruh UK buang undi iktiraf perang Gaza sebagai genosid

Parti Buruh yang memerintah Britain meluluskan usul yang mengisytiharkan bahawa PBB telah membuat kesimpulan bahawa Israel sedang melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza — satu keputusan yang tidak selari dengan kepimpinan tinggi parti itu. Semasa persidangan parti di Liverpool pada Isnin, perwakilan meluluskan usul "Keamanan di Timur Tengah 2", yang mengatakan Suruhanjaya Siasatan PBB mendapati bahawa "pihak berkuasa Israel dan pasukan keselamatan Israel telah melakukan jenayah genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza." Usul itu mengikat kerajaan parti Buruh dengan satu siri langkah yang keras, termasuk menggunakan "semua cara yang ada secara munasabah" untuk menghalang tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, menggantung perdagangan senjata dengan Israel, dan membekukan perjanjian perdagangan dan perkongsian UK-Israel.

Palestin, Türkiye dan pemimpin dunia sambut baik rancangan gencatan senjata Gaza Trump

Palestin, Türkiye dan pemimpin dunia menyambut baik rancangan gencatan senjata Gaza oleh Donald Trump. Palestin, Türkiye, negara Arab, dan kuasa-kuasa utama dunia mengalukan cadangan Presiden Donald Trump untuk menamatkan perang di Gaza, selain menggesa Hamas untuk menerima perjanjian itu. Pelan itu, yang didedahkan bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, menyeru gencatan senjata, akses kemanusiaan, pembebasan tebusan, dan pelucutan senjata Hamas. Pihak berkuasa Palestin berkata mereka bersedia untuk bekerjasama dengan AS dan rakan kongsi antarabangsa, serta mengesahkan komitmen mereka terhadap penyelesaian dua negara. Pemimpin dari Eropah, Asia dan banyak lagi - termasuk UK, Perancis, Jerman, Pakistan, India dan Australia - memuji inisiatif itu sebagai titik perubahan yang berpotensi membawa kepada keamanan di rantau itu.

Netanyahu hubungi Qatar, mohon maaf atas serangan Israel di Doha

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah memohon maaf kepada rakan sejawatannya dari Qatar atas serangan Israel di Doha dalam satu panggilan telefon dari Rumah Putih pada Isnin, kata sumber yang rapat dengan Netanyahu kepada Reuters. Panggilan telefon kepada Perdana Menteri Qatar Mohammed bin Abdulrahman Al Thani dibuat ketika Netanyahu bertemu dengan Presiden AS Donald Trump di Washington. Menurut Rumah Putih, Netanyahu memberitahu Qatar bahawa Israel "tidak akan melakukan lagi serangan seperti itu pada masa akan datang". Perdana Menteri Qatar 'mengalu-alukan' jaminan Netanyahu itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih.

Konsortium Saudi beli gergasi permainan video terkenal FIFA $55B

Gergasi permainan video Electronic Arts mengumumkan ia akan diambil alih oleh konsortium yang diketuai oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi untuk $55 bilion, iaitu satu pembelian ekuiti persendirian tunai yang terbesar dalam sejarah. Konsortium itu juga termasuk firma pelaburan AS Silver Lake dan Affinity Partners, serta firma yang berpangkalan di Miami yang diasaskan oleh Jared Kushner, iaitu bekas penasihat Rumah Putih dan menantu kepada Presiden Donald Trump.

Audio lain
Fokus Hari Ini | 9 Mac
Visa Iklim: Antara Pemindahan dan Pencegahan
Keperluan Kawan Sebenar
Ramalan Gempa Bumi: Mengapa Sains Masih Tidak Boleh Meramal Kedatangan Gempa Besar
Mempersenjatakan Kelaparan: Dari Kolonialisme Britain ke Gaza Hari Ini
Superman Kembali – Kali Ini Mirip Keadaan di Gaza
Bola Sepak Membawa Perubahan
Buruh Kanak-Kanak Jadi Tular. Kita Tengok Je?
Politik Nuklear Global: Siapa Layak Memiliki Bom?
Iman Jadi Sasaran