Fokus Hari Ini (11 April)
00:00
00:0000:00
Dunia
Fokus Hari Ini (11 April)
Israel sambung memusnahkan Gaza, dan Türkiye menandatangani perjanjian penerokaan hidrokarbon darat dengan Somalia.

Pengeboman Israel bunuh lapan lagi rakyat Palestin

Genosid Israel ke atas Gaza berterusan dengan serangan udara yang menyasarkan rumah keluarga Al-Farra di kawasan Sheikh Nasser Khan Younis, membunuh sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin dan mencederakan beberapa yang lain, menurut laporan.

Kanak-kanak dipercayai antara mangsa.

Sementara itu, pasukan penyelamat sedang mencari warga Palestin yang hilang terperangkap di bawah runtuhan selepas satu lagi serangan rejim Zionis Israel memusnahkan sebuah rumah di kejiranan al-Shujaiya di Bandar Gaza, kata media tempatan.

Netanyahu berang 1,000 pasukan simpanan tentera udara Israel tuntut tamatkan perang genosid Gaza

1,000 tentera simpanan semasa dan bekas tentera udara Israel secara terbuka menggesa kerajaan rejim Zionis untuk memastikan pemulangan semua tawanan yang ditahan di Gaza, walaupun ia bermakna menamatkan perang.

Dalam surat terbuka, pihak simpanan memberi amaran bahawa meneruskan perang membahayakan nyawa tebusan, tentera dan orang awam, menuduh pemimpin memanjangkan konflik untuk "kepentingan politik dan peribadi."

Perbincangan China, Arab Saudi dan Afrika Selatan mengenai tarif AS; Xi akan mula lawatan tiga negara

Menteri Perdagangan China Wang Wentao mengadakan perbincangan video berasingan dengan rakan sejawatannya dari Arab Saudi dan Afrika Selatan untuk membincangkan tindak balas terhadap "tarif timbal balik" Amerika Syarikat, menurut kementerian perdagangan China.

Perbincangan juga tertumpu kepada memperdalamkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala antara China, Arab Saudi dan Afrika Selatan.


Rusia merekrut warga China secara 'sistematik' untuk perang Ukraine: Zelenskyy

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy telah menuduh Rusia melakukan usaha untuk merekrut warga China secara "sistematik" untuk perang yang berterusan di Ukraine, kini dalam tahun keempat.

Dalam catatan di X, Zelenskyy berkata Ukraine sedang menyiasat penglibatan warga China, termasuk dua yang dilaporkan ditangkap di wilayah timur Donetsk, dengan Perkhidmatan Keselamatan menjalankan tindakan prosedur.

Türkiye, Somalia tandatangan perjanjian penerokaan hidrokarbon darat
Türkiye dan Somalia telah meluaskan kerjasama tenaga mereka dengan menandatangani perjanjian penerokaan dan pengeluaran hidrokarbon darat baharu, memberikan hak Petroleum Turki (TPAO) untuk meneroka tiga blok tanah meliputi sekitar 16,000 kilometer persegi.

Perjanjian itu ditandatangani di Ankara oleh Menteri Tenaga Türkiye Alparslan Bayraktar dan Menteri Petroleum Somalia Dahir Shire Mohamed, menandakan satu langkah penting ke hadapan berikutan perjanjian luar pesisir sebelum ini.

Audio lain
Fokus Hari Ini | 2 Oktober
Visa Iklim: Antara Pemindahan dan Pencegahan
Keperluan Kawan Sebenar
Ramalan Gempa Bumi: Mengapa Sains Masih Tidak Boleh Meramal Kedatangan Gempa Besar
Mempersenjatakan Kelaparan: Dari Kolonialisme Britain ke Gaza Hari Ini
Superman Kembali – Kali Ini Mirip Keadaan di Gaza
Bola Sepak Membawa Perubahan
Buruh Kanak-Kanak Jadi Tular. Kita Tengok Je?
Politik Nuklear Global: Siapa Layak Memiliki Bom?
Iman Jadi Sasaran