Fokus Hari Ini | 14 Julai
00:00
00:0000:00
Dunia
Fokus Hari Ini | 14 Julai
Trump berkata gencatan senjata Gaza mungkin dicapai dalam beberapa hari lagi. Erdogan mahu 'Turkiye bebas keganasan'.

Gencatan senjata Gaza mungkin dalam beberapa hari lagi, kata Trump

Presiden AS Donald Trump berkata perjanjian gencatan senjata Gaza boleh dimuktamadkan dalam tempoh seminggu.

Bercakap di Pangkalan Tentera Andrews, beliau berkata perbincangan sedang berjalan dan membayangkan kemungkinan gencatan dicapai tidak lama lagi.

Beliau mengesahkan bahawa Israel telah bersetuju dengan syarat yang dicadangkan untuk gencatan senjata selama 60 hari, dengan perjanjian itu kini berada di tangan Hamas.

Qatar dan Mesir sedang menjadi perantara, dan Hamas telah menunjukkan tindak balas positif serta kesediaannya untuk bergerak ke hadapan.

Trump lulus penghantaran peluru berpandu Patriot untuk Ukraine

Trump mengumumkan AS akan menghantar peluru berpandu pertahanan udara Patriot ke Ukraine tetapi berkata Kesatuan Eropah yang membayar bil.

"Kami tidak membayar apa-apa untuk itu," katanya sambil menyifatkannya sebagai perniagaan yang baik untuk AS. Dia turut memerli Putin, menuduhnya bercakap tak serupa bikin: "Dia bercakap baik dan kemudian mengebom orang pada waktu malam."

Trump tidak menyatakan berapa banyak sistem peluru berpandu yang akan dihantar.

Australia lancar latihan perang terbesar

Australia memulakan latihan ketenteraan terbesarnya, dengan 35,000 anggota tentera berlatih di seluruh negara.

"Talisman Saber 2025" merangkumi pasukan dari lebih 15 negara rakan kongsi dan, buat pertama kalinya, turut melibatkan Papua New Guinea.

Latihan itu mencerminkan kebimbangan keselamatan yang semakin meningkat di Indo-Pasifik, terutamanya di sekitar Taiwan.

Latihan tiga minggu itu akan meliputi operasi darat, laut dan udara.

Sudan: Serangan RSF bunuh 11 orang awam, termasuk kanak-kanak

Sekurang-kurangnya 11 orang awam, termasuk tiga kanak-kanak, terbunuh dalam serangan RSF di Kordofan Utara, di Sudan.

Rangkaian Doktor Sudan menyelarnya sebagai salah satu serangan paling kejam. Lebih 30 yang lain cedera, termasuk sembilan wanita dan orang awam yang sedang hamil.

Pegawai perubatan menyeru PBB dan Kesatuan Afrika untuk campur tangan dan menghentikan keganasan.

Erdogan mahu 'Turkiye Bebas Keganasan'

Presiden Erdogan berkata Turkiye sedang berusaha untuk menghapuskan keganasan daripada membelenggu rantau itu demi kebaikan semua pihak.

Dalam panggilan dengan Presiden Emiriah Arab Bersatu Al Nahyan, beliau menegaskan komitmen Ankara terhadap keselamatan serantau di bawah inisiatif 'Turkiye Bebas Keganasan'.

Al Nahyan mengalu-alukan langkah itu dan berkata ia akan meningkatkan kestabilan.

Audio lain
Fokus Hari Ini | 12 Ogos
Visa Iklim: Antara Pemindahan dan Pencegahan
Keperluan Kawan Sebenar
Ramalan Gempa Bumi: Mengapa Sains Masih Tidak Boleh Meramal Kedatangan Gempa Besar
Mempersenjatakan Kelaparan: Dari Kolonialisme Britain ke Gaza Hari Ini
Superman Kembali – Kali Ini Mirip Keadaan di Gaza
Bola Sepak Membawa Perubahan
Buruh Kanak-Kanak Jadi Tular. Kita Tengok Je?
Politik Nuklear Global: Siapa Layak Memiliki Bom?
Iman Jadi Sasaran