Fokus Hari Ini (Khamis, 3 April)
00:00
00:0000:00
Dunia
Fokus Hari Ini (Khamis, 3 April)
Tarif baharu 'Liberation Day' Trump memburukkan situasi perang perdagangan global. Amazon buat bidaan saat akhir beli TikTok di Amerika Syarikat.

Tarif baharu 'Liberation Day' Trump memburukkan situasi perang perdagangan

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan tarif baharu yang digelar sebagai “Liberation Day” atau Hari Pembebasan, satu keputusan yang dijangka akan memburukkan lagi perang perdagangan global.

Beliau mengumumkan rancangan untuk mengenakan tarif secara menyeluruh pada Rabu, sambil berkata “negara kita telah dijarah, diceroboh, dirogol, dan dirampas” oleh negara-negara lain.

Trump berjanji akan mengenakan tarif timbal balik ke atas negara sekutu dan lawan sekiranya mereka menyasarkan ekonomi terbesar dunia itu.

Trump turut menegaskan bahawa cukai-cukai tersebut akan membantu Amerika Syarikat daripada terus “dipermainkan.”

Ketua PBB 'sangat khuatir' dengan jumlah korban manusia di Gaza

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menyuarakan kebimbangan mengenai jumlah manusia yang terbunuh akibat serangan Israel yang kini bertambah agresif di Gaza.

Pejabat jurucakapnya menyatakan Guterres mengecam pembunuhan lebih 1,000 orang itu, yang termasuk wanita dan kanak-kanak, sejak gencatan senjata tamat.

Tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 86 rakyat Palestin dalam siri serangan udara di seluruh Gaza.

PKK/YPG undur dari Aleppo dalam perjanjian dengan kerajaan Syria

Kumpulan pengganas PKK/YPG akan berundur dari dua kawasan kejiranan di Aleppo di bawah perjanjian dengan kerajaan Syria, menurut seorang pegawai kerajaan Syria.

Pasukan keselamatan dalaman kumpulan itu di kawasan Sheikh Maqsoud dan Ashrafieh akan disatukan di bawah satu struktur dan diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Pegawai itu berkata perjanjian tersebut merangkumi peruntukan bagi mengalihkan penghadang di kawasan kejiranan itu dan membentuk jawatankuasa untuk menubuhkan pusat pemeriksaan keselamatan.

Pelajar Columbia merantai diri sendiri, protes penahanan Mahmoud Khalil

Pelajar Universiti Columbia di New York, Amerika Syarikat, merantai diri mereka di pintu pagar masuk kampus bagi menuntut pembebasan aktivis Palestin Mahmoud Khalil, yang ditahan kerana mengetuai demonstrasi yang menyokong Palestin pada musim bunga lalu.

Sekumpulan pelajar, kebanyakannya berketurunan Yahudi, menganjurkan demonstrasi untuk membantah penahanan Khalil pada Rabu, sambil melaungkan slogan seperti "Kebebasan untuk Palestin" dan "Bebaskan Mahmoud Khalil dengan segera."

Amazon buat bidaan saat akhir beli TikTok di AS: laporan

Amazon membuat bidaan pada saat akhir bagi membeli TikTok, yang berdepan larangan di Amerika Syarikat jika ia tidak dijual oleh pemiliknya dari China, lapor New York Times pada Rabu.

Presiden Donald Trump meremehkan risiko TikTok yang berpotensi diharamkan di Amerika, sambil berkata beliau yakin akan menemui pembeli untuk perniagaan TikTok di negara itu sebelum tarikh akhir pada Sabtu.

Menurut laporan, dijangka pelabur Amerika sedia ada di ByteDance akan memindahkan pegangan mereka ke dalam sebuah syarikat TikTok global baharu yang bebas.

Audio lain
Fokus Hari Ini | 22 Oktober
Visa Iklim: Antara Pemindahan dan Pencegahan
Keperluan Kawan Sebenar
Ramalan Gempa Bumi: Mengapa Sains Masih Tidak Boleh Meramal Kedatangan Gempa Besar
Mempersenjatakan Kelaparan: Dari Kolonialisme Britain ke Gaza Hari Ini
Superman Kembali – Kali Ini Mirip Keadaan di Gaza
Bola Sepak Membawa Perubahan
Buruh Kanak-Kanak Jadi Tular. Kita Tengok Je?
Politik Nuklear Global: Siapa Layak Memiliki Bom?
Iman Jadi Sasaran