Fokus Hari Ini | 28 Mei
00:00
00:0000:00
Dunia
Fokus Hari Ini | 28 Mei
Hari ini genap hari ke-600 perang pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza. Roket Starship SpaceX meletup semasa ujian penerbangan.
28 Mei 2025

Perang genosid Israel di Gaza masuk hari ke-600

Dalam usaha menekan Israel agar rejim itu menamatkan pembunuhan beramai-ramainya di Gaza yang kini memasuki hari ke-600, kumpulan pejuang Palestin Hamas menggesa dunia mengadakan protes selama tiga hari di negara masing-masing.

Dalam masa 600 hari sahaja, Israel telah melancarkan pembunuhan beramai-ramai yang menyebabkan lebih 54,000 orang maut, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, selain mencederakan hampir 123,000 orang.

Tidak cukup dengan pembunuhan, Tel Aviv turut menyekat kemasukan makanan, air, ubat dan bantuan kemanusiaan lain, sekali gus menyebakan rakyat Palestin kebuluran.

Israel juga menghadapi kes pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas jenayah perangnya.

Israel lulus 22 penempatan haram baharu di Tebing Barat

Kabinet perang Israel meluluskan pembinaan 22 penempatan haram baharu di tanah Palestin di Tebing Barat yang diduduki "secara rahsia" pada dua minggu yang lalu.

Keputusan itu termasuk rancangan untuk membina semula pos haram Homesh dan Sa-Nur, di mana pembinaan kedua-duanya pernah dihentikan pada 2005 di bawah "pelan pemisahan" unilateral Israel dari Gaza.

Zelenskyy ikrar tindak balas terhadap serangan Rusia

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy berkata Kiev sedang menambah pengeluaran dron dan peluru berpandunya, dan akan bertindak balas dengan jumlah tekanan “yang sama” terhadap serangan Rusia.

Beliau juga menambah bahawa perjanjian baharu dengan negara-negara Eropah sedang disiapkan untuk menarik pelaburan ke Ukraine, khususnya untuk sistem tanpa pemandu dan senjata jarak jauh bagi memperkukuhkan pertahanan barisan hadapan negara itu.

Jadi negeri ke-51 untuk dapat Golden Dome: Trump beritahu Kanada

Presiden Donald Trump menawarkan peluang kepada Kanada untuk menyertai sistem pertahanan peluru berpandu "Golden Dome" yang dikatakan boleh diberi secara percuma, dengan syarat negara itu menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat.

Jika tidak, Kanada terpaksa menelan kos sebanyak $61 bilion untuk sistem itu.

Trump sebelum ini berulang kali mencadangkan agar jiran Amerika Syarikat di utara itu harus menjadi negeri ke-51.

Roket Starship SpaceX pecah semasa penerbangan ujian ke-9

Roket Starship SpaceX telah dilancarkan ke langit semasa penerbangan ujian kesembilannya, sebahagian daripada cita-cita syarikat pimpinan Elon Musk untuk membangunkan kapal angkasa yang mampu menyokong misi antara planet.

Bagaimanapun, roket itu pecah semasa penerbangan.

Audio lain
Fokus Hari Ini | 19 Januari
Visa Iklim: Antara Pemindahan dan Pencegahan
Keperluan Kawan Sebenar
Ramalan Gempa Bumi: Mengapa Sains Masih Tidak Boleh Meramal Kedatangan Gempa Besar
Mempersenjatakan Kelaparan: Dari Kolonialisme Britain ke Gaza Hari Ini
Superman Kembali – Kali Ini Mirip Keadaan di Gaza
Bola Sepak Membawa Perubahan
Buruh Kanak-Kanak Jadi Tular. Kita Tengok Je?
Politik Nuklear Global: Siapa Layak Memiliki Bom?
Iman Jadi Sasaran