Fokus Hari Ini | 28 Oktober
00:00
00:0000:00
Dunia
Fokus Hari Ini | 28 Oktober
Presiden Afrika Selatan memberi amaran serangan berterusan Israel menggugat gencatan senjata Gaza. Presiden Erdogan bersama Perdana Menteri Starmer menandatangani perjanjian pertahanan untuk 20 jet Eurofighter.
28 Oktober 2025

Serangan Israel jejas gencatan senjata Gaza, kata Afrika Selatan

Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa memberi amaran bahawa serangan berterusan Israel ke atas Gaza dan Tebing Barat yang diduduki melemahkan gencatan senjata yang dicapai oleh Presiden AS Donald Trump. Bercakap di Kuala Lumpur, beliau menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin dan menggesa usaha global ke arah penyelesaian dua negara berdasarkan sempadan 1967. Beliau turut memuji solidariti dan sokongan Malaysia terhadap kes pembunuhan beramai-ramai Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Mahkamah telah mengeluarkan beberapa perintah supaya Israel menghentikan operasinya.

Gempa bumi 6.1 magnitud melanda barat Türkiye

Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda wilayah Balikesir Türkiye lewat Isnin, dengan gegaran dirasai di Istanbul dan bandar-bandar lain, menurut agensi kecemasan negara itu. Gempa itu berlaku pada 10:48 malam waktu tempatan, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki-AFAD. Tiada kematian dilaporkan, tetapi 22 orang mengalami cedera ringan disebabkan panik, kata pihak berkuasa. Gempa bumi dengan kedalaman 5.99 kilometer itu turut dirasai di wilayah sekitar, termasuk Istanbul dan Izmir. "AFAD dan institusi berkaitan lain telah memulakan pemeriksaan lapangan, dan laporan sedang disemak dengan teliti," kata Naib Presiden Turki Cevdet Yilmaz.

Rusia komited pastikan keselamatannya susulan kejayaan ujian peluru berpandu: Kremlin

Kremlin berkata bahawa Rusia tetap komited terhadap menjaga keselamatannya selepas menguji peluru berpandu berkuasa nuklear. Ujian itu menyusuli pengumuman Presiden Vladimir Putin mengenai "ujian yang menentukan" untuk peluru berpandu Burevestnik, yang terbang kira-kira 14,000 kilometer dalam tempoh 15 jam. Putin menggambarkannya sebagai "unik" dengan "julat tanpa had." Bercakap daripada Air Force One, Presiden AS Donald Trump memperkecilkan ujian itu. Katannya, AS mempunyai kapal selam nuklear berdekatan, dan menggesa Putin untuk menumpukan pada menamatkan perang di Ukraine dan bukannya ujian peluru berpandu.

Türkiye dan UK perhebat perkongsian pertahanan dengan jet Eurofighter

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri UK Keir Starmer menandatangani perjanjian kerjasama pertahanan di Ankara untuk pembelian 20 jet Eurofighter Typhoon oleh Türkiye, bernilai $10.7 bilion. Erdogan memujinya sebagai simbol perkongsian strategik, selain menyatakan hasrat untuk mengadakan projek bersama dan berjanji untuk meningkatkan perdagangan dua hala kepada $40 bilion. Starmer menggelar perjanjian itu sebagai saat membanggakan, sekali gus mengukuhkan keselamatan NATO dan mengekalkan 20,000 pekerjaan British. Kementerian Pertahanan UK menyifatkannya sebagai antara perjanjian eksport jet pejuang terbesar negara itu.

Audio lain
Fokus Hari Ini | 4 Mac
Visa Iklim: Antara Pemindahan dan Pencegahan
Keperluan Kawan Sebenar
Ramalan Gempa Bumi: Mengapa Sains Masih Tidak Boleh Meramal Kedatangan Gempa Besar
Mempersenjatakan Kelaparan: Dari Kolonialisme Britain ke Gaza Hari Ini
Superman Kembali – Kali Ini Mirip Keadaan di Gaza
Bola Sepak Membawa Perubahan
Buruh Kanak-Kanak Jadi Tular. Kita Tengok Je?
Politik Nuklear Global: Siapa Layak Memiliki Bom?
Iman Jadi Sasaran