Fokus Hari Ini (Isnin, 12 Mei)
00:00
00:0000:00
Dunia
Fokus Hari Ini (Isnin, 12 Mei)
Presiden Erdogan mengalu-alukan cadangan Presiden Putin untuk menyambung semula rundingan Ukraine di Istanbul, dan presiden Amerika Syarikat puji rundingan perdagangan AS-China.
12 Mei 2025

Türkiye mengalu-alukan rundingan damai Rusia-Ukraine

Presiden Recep Tayyip Erdogan mengalu-alukan cadangan Presiden Rusia Vladimir Putin untuk menyambung semula rundingan damai Rusia-Ukraine di Istanbul pada 15 Mei, menyatakan kesediaan Türkiye untuk menjadi tuan rumah rundingan.

Dalam panggilan telefon pada hari Ahad, Erdogan dan Putin membincangkan hubungan dua hala, projek tenaga dan isu serantau.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengesahkan kehadirannya.

Erdogan juga bercakap dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron, menekankan kerjasama untuk keamanan.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebaliknya menggesa Ukraine supaya menerima cadangan Putin dengan segera. Pegawai Rusia dan Ukraine bertemu di Istanbul pada 2022 untuk membincangkan konflik yang berterusan.

Hamas akan membebaskan tawanan AS-Israel, Washington mengkritik Israel

Hamas mengumumkan akan membebaskan askar AS-Israel Edan Alexander berusia 21 tahun sebagai sebahagian daripada rundingan gencatan senjata secara langsung dengan Amerika Syarikat.

Kumpulan penentang Palestin mengaitkan pembebasannya dengan pembukaan semula lintasan bantuan.

Trump mengalu-alukan langkah itu sebagai tanda muhibah terhadap Washington dan pengantara Mesir dan Qatar.

Sementara itu, semasa sesi pertemuan dengan keluarga Israel, utusan Amerika Syarikat ke Timur Tengah Steve Witkoff mengkritik Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, menuduh kerajaannya memanjangkan perang Gaza dan menghalang perjanjian tebusan.

Israel telah membunuh lebih lima puluh dua ribu lapan ratus rakyat Palestin dalam perang genosid di Gaza sejak September 2023.

Pakistan memberikan butiran serangan ke atas sasaran India

Pakistan mendakwa telah menyerang 26 tapak tentera India dan mengerahkan dron ke atas bandar utama India, termasuk New Delhi, dalam pertempuran baru-baru ini, ketika kedua-dua negara nuklear menghentikan permusuhan secara berhati-hati sejak hari Sabtu.

Pakistan juga berkata ia telah menumpaskam lima jet India.
Tentera Udara India mengakui kerugian tanpa memberikan butiran tetapi mengesahkan bahawa semua juruterbang telah kembali dengan selamat.

Reuters melaporkan tiga nahas jet di Kashmir yang ditadbir India.
Walaupun ada persetujuan gencatan senjata, penduduk di sempadan kekal kehilangan tempat tinggal. Bandar seperti Jammu dan Amritsar kelihatan tenang walaupun ada kebimbangan keselamatan.

Sementara itu, Presiden Donald Trump menyatakan bahawa AS akan bekerjasama dengan India dan Pakistan untuk menyelesaikan isu Kashmir.

Banjir teruk di DRC menyebabkan 62 maut, berpuluh-puluh hilang

Banjir teruk di wilayah Kivu Selatan Republik Demokratik Congo telah meragut sekurang-kurangnya 62 nyawa, dengan 50 orang masih hilang.

Banjir, yang dicetuskan oleh hujan lebat, melanda pada 5 pagi waktu tempatan pada hari Jumaat, membanjiri kampung Kasaba di sektor Ngandja.

Usaha mencari terhalang oleh kerosakan infrastruktur dan gangguan komunikasi, dengan bantuan hanya dari persatuan Palang Merah.

Banjir terkini berlaku setelah banjir di Kinshasa yang mengorbankan 33 orang.

Wilayah itu sudah bergelut dengan konflik berterusan dengan pemberontak, merumitkan lagi operasi kemanusiaan.Dan akhir sekali…

Trump puji rundingan perdagangan AS-China di Switzerland

Presiden AS Donald Trump mengumumkan "pertemuan yang sangat baik" mengenai perdagangan dengan pegawai China di Switzerland, mendakwa "permulaan semula" dalam hubungan AS-China.

Rundingan itu bermula di Geneva pada hari Sabtu, dan disambung semula pada hari Ahad. Delegasi AS yang diketuai oleh Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent dan Wakil Perdagangan Jamieson Greer, bertemu dengan Naib Perdana Menteri He Lifeng dari China.

Rundingan tersebut adalah yang pertama sejak kedua-dua negara mengenakan tarif perdagangan.

Audio lain
Fokus Hari Ini | 12 Mac
Visa Iklim: Antara Pemindahan dan Pencegahan
Keperluan Kawan Sebenar
Ramalan Gempa Bumi: Mengapa Sains Masih Tidak Boleh Meramal Kedatangan Gempa Besar
Mempersenjatakan Kelaparan: Dari Kolonialisme Britain ke Gaza Hari Ini
Superman Kembali – Kali Ini Mirip Keadaan di Gaza
Bola Sepak Membawa Perubahan
Buruh Kanak-Kanak Jadi Tular. Kita Tengok Je?
Politik Nuklear Global: Siapa Layak Memiliki Bom?
Iman Jadi Sasaran