Kementerian Kesihatan Gaza: Israel bunuh 1,400+ petugas perubatan, culik 360
Lebih 1,400 petugas perubatan terbunuh dalam serangan Israel sejak Oktober 2023, manakala 360 orang lagi berada dalam tahanan tentera Israel.
Perang yang berterusan ini telah meragut lebih 62,000 nyawa rakyat Palestin — kebanyakannya wanita dan kanak-kanak — serta mencederakan lebih 115,000 orang, dan menyebabkan hampir seluruh populasi seramai 2.3 juta orang hilang tempat tinggal.
Serangan Israel mengorbankan 6 lagi rakyat Palestin di Gaza
Tentera Israel melancarkan beberapa serangan udara di Bandar Gaza, dengan menyasarkan khemah yang melindungi orang awam yang kehilangan tempat tinggal, serta sebuah lagi pangsapuri.
Ini sekali gus membunuh enam rakyat Palestin dan mencederakan beberapa yang lain, menurut pegawai perubatan.
Antara yang maut ialah seorang wanita warga emas manakala tiga orang maut di Stadium Yarmouk, yang menempatkan ribuan keluarga yang kehilangan tempat tinggal.
RSF Sudan tubuh kerajaan lawan; tentera mara di Omdurman ketika perang memasuki tahun ke-3
Ketua Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera Sudan, Mohamed Hamdan Dagalo mengumumkan penubuhan kerajaan lawan, menandakan tahun ketiga perang.
Beliau menyeru pembentukan "Kerajaan Keamanan dan Perpaduan" untuk mencabar pentadbiran negara yang dikuasai pasukan tentera.
Sementara itu, tentera Sudan berkata ia berjaya menguasai semula tiga kawasan dan sebuah kem dari RSF di barat Omdurman, serta mendakwa ia berjaya merencatkan rancangan RSF.
Keputusan tarif di tangan China — Trump
Terpulang kepada China untuk memulakan semula rundingan perdagangan, kata Donald Trump yang menuduh Beijing menarik diri daripada perjanjian Boeing.
"Keputusan di tangan China," kata Setiausaha Akhbar Karoline Leavitt kepada pemberita, sambil menegaskan bahawa Amerika Syarikat tidak terdesak seperti China untuk memeterai perjanjian itu.
Trump berkata demikian susulan laporan bahawa Beijing mengarahkan syarikat penerbangan untuk menghentikan penghantaran jet Boeing serta pembelian alat ganti pesawat Amerika, sekali gus meningkatkan ketegangan dalam perang perdagangan global.
Biadab': Puluhan kubur orang islam di UK dirosakkan
Polis UK sedang menyiasat jenayah kebencian Islamofobia selepas 85 kubur orang Islam, kebanyakannya milik bayi dan kanak-kanak, dirosakkan di Tanah Perkuburan Carpenders Park Lawn di Watford.
Polis Hertfordshire berkata, sebuah keluarga yang tinggal berdekatan melaporkan perbuatan biadap itu dan insiden itu menyebabkan masyarakat Muslim di situ merasa terganggu.
Pihak berkuasa kini menambah rondaan dan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil ke hadapan.
