Fokus Hari Ini | 5 Jun
00:00
00:0000:00
Dunia
Fokus Hari Ini | 5 Jun
Kuasa veto Amerika terhadap draf gencatan senjata PBB beri lampu hijau kepada Netanyahu untuk terus membantai Gaza, kata Hamas. Trump umum larangan perjalanan baharu di beberapa negara.
5 Jun 2025

Hamas: AS veto draf gencatan senjata PBB, halalkan keganasan Netanyahu

Hamas membidas Amerika Syarikat selepas Washington menggunakan kuasa vetonya ke atas draf resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menggesa gencatan senjata segera di Gaza.

Kumpulan pejuang Palestin itu berkata langkah tersebut menunjukkan sokongan jelas Amerika terhadap pembunuhan beramai-ramai Israel ke atas Palestin.

Dalam satu kenyataan, Hamas menyifatkan tindakan Amerika menggunakan kuasa vetonya sebagai angkuh, menunjukkan sikap tidak hirau terhadap undang-undang antarabangsa dan menyekat usaha global untuk menghentikan pertumpahan darah.

Israel tandatangani lebih $14 bilion perjanjian pertahanan

Walaupun mendapat kritikan antarabangsa terhadap perang pembunuhan beramai-ramai di Gaza, Israel menandatangani kontrak pertahanan bernilai hampir $15 bilion, menurut kementerian pertahanan Israel.

Perjanjian itu dibuat ketika Israel berdepan kritikan global atas serangannya di Gaza dan krisis kemanusiaan yang semakin teruk di wilayah bergolak itu.

Lebih separuh daripada kontrak itu dimeterai dengan negara-negara Eropah.

Rusia akan membalas serangan Ukraine di lapangan terbangnya, kata Putin kepada Trump

Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bahawa Moscow merancang untuk membalas serangan dron oleh Ukraine baru-baru ini, khususnya serangan ke atas lapangan terbang Rusia.

Semasa berkongsi butiran perbualan telefonnya bersama Putin, Trump berkata mereka membincangkan mengenai serangan Ukraine ke atas pesawat Rusia dan beberapa serangan lain.

Menurut Trump, Putin menyampaikan pendirian jelas dan tegas bahawa Rusia akan membalas serangan di lapangan terbang itu.

EU ikrar salur $200 juta bantu Syria selepas sekatan ditarik balik

Kesatuan Eropah berikrar menyalurkan $200 juta untuk membantu Syria pulih dari segi sosial dan ekonomi, susulan penarikan balik beberapa sekatan baru-baru ini.

Wang itu akan digunakan untuk memperkukuh institusi awam, menambah baik akses kepada perkhidmatan asas dan menggiatkan semula ekonomi tempatan.

EU berkata bantuan itu akan membiayai projek yang diterajui komuniti tempatan dalam bidang pendidikan, penjagaan kesihatan, pertanian dan tenaga.

Trump umum larangan perjalanan baharu di beberapa negara

Presiden Donald Trump menandatangani larangan perjalanan baharu yang menghalang kemasukan orang dari lebih 10 buah negara dan menyekat perjalanan dari beberapa negara lain.

Pengisytiharan itu akan berkuat kuasa pada 12:01 tengah hari Isnin.

Larangan kemasukan penuh dikenakan terhadap warganegara dari Afghanistan, Myanmar, Chad, Republik Congo, Guinea Khatulistiwa, Eritrea, Haiti, Iran, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman.

Audio lain
Fokus Hari Ini | 16 April
Visa Iklim: Antara Pemindahan dan Pencegahan
Keperluan Kawan Sebenar
Ramalan Gempa Bumi: Mengapa Sains Masih Tidak Boleh Meramal Kedatangan Gempa Besar
Mempersenjatakan Kelaparan: Dari Kolonialisme Britain ke Gaza Hari Ini
Superman Kembali – Kali Ini Mirip Keadaan di Gaza
Bola Sepak Membawa Perubahan
Buruh Kanak-Kanak Jadi Tular. Kita Tengok Je?
Politik Nuklear Global: Siapa Layak Memiliki Bom?
Iman Jadi Sasaran